Kerangka MADANI merupakan suatu ikhtiar yang bersepadu dan holistik: kesemua enam komponennya tidak berfungsi secara berasingan; ada kesalinghubungan yang rapat antara setiap komponen, sementara ketergantungan mereka antara satu sama lain menjadikan segala dasar yang digubal menjadi lebih manusiawi, yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.
Justeru secara koletifnya, kerangka ini akan meletakkan asas untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum. Anjakan demi anjakan yang berlaku begitu pantas memaksa kita untuk mengambil kira keadaan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah.
Namun kita tidak akan bermula dengan sifar. Sejarah Malaysia yang panjang dan kaya menjadi landasan utama, dan daripadanya kita belajar memperbetul kesilapan serta membuka jalan menuju kejayaan.