Pengasas Kaedah al-Hira dan Pengarang Buku al-Hira

Dr. Hj Muhammad Roihan Al Mandily

Dr. Hj Muhammad Roihan Al-Mandily dilahirkan di Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia pada 17 Ogos 1960. Beliau tamat Sekolah Rendah pada tahun 1973, dan Sekolah Menengah Pondok Pesantren Musthafawiyah pada tahun 1978.

Pada tahun 1980 beliau melanjutkan pelajaran ke Makkah. Di sana beliau mengikuti pengajian di Ma’ahad Dar al-Ulum Dan Masjid al-Haram. Kemudian pada tahun 1982 beliau mendapat tawaran biasiswa di Kolej Dakwah Islamiah Tripoli Libya.

Beliau belajar dalam bidang Ulum al-Quran sehingga memperoleh Ijazah Sarjana (MA) pada tahun 1993. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke UKM Bangi, Malaysia dan telah memperoleh Doktor Falsafah (PhD) pada awal tahun 2005.

Semenjak kecil bakat beliau dalam bidang al-Quran telah menyerlah, di mana sejak berumur 9 tahun beliau telah memenangi Musabaqah Tilawah al-Quran di daerahnya di Mandailing dan sewaktu beliau berada di Tripoli, beliau dilantik sebagai Imam Besar Masjid jamal Abdul Nasir, masjid kedua terbesar di Tripoli, Libya, iaitu dari tahun 1986 hingga tahun 1993.

Selama berada di Malaysia, beliau telah banyak mengarang dan menterjemah buku-buku agama.

Diantaranya:-

  • Fatwa Terkini, Wanita & Keluarga Islam.
  • Perbualan Bahasa Arab Kisah-kisah Wanita Dalam Al-Quran.
  • Belajar Membaca Al-Quran Bertajwid Dalam Masa 50 Jam.
  • Belajar Membaca dan Menulis Jawi Dalam Masa 30 Jam.
  • Madu Lebah Ubat Yang Turun Bersama Wahyu.
  • Petua-petua Imam Ali.

– PENJELASAN RINGKAS KAEDAH AL-HIRA’ –

AL HIRA Boleh Membaca al Quran Dalam Masa 24 Jam

Buku Ini Mengandungi 22 Pelajaran dan Ia Terbahagi Kepada Bahagian Asas & Bahagian Tajwid

Sukatan pelajaran bahagian asas buku al-Hira adalah sebagaimana berikut:

Pelajaran 1 : Cara Membaca Huruf yang Berbaris Atas.
Pelajaran 2 : Cara Membaca Huruf yang Berbaris Bawah.
Pelajaran 3 : Cara Membaca Huruf yang Berbaris Hadapan.
Pelajaran 4 : Mengenal Huruf Bersambung.
Pelajaran 5 : Mengenal Bacaan Tanda Panjang.
Pelajaran 6 : Cara Membaca Huruf Berbaris Dua (Tanwin).
Pelajaran 7 : Cara Membaca Huruf Mati (Sukun).
Pelajaran 8 : Cara Membaca Huruf yang Bertashdid.
Pelajaran 9 : Cara Membaca (Alif Lam) at-Ta’rif.
Pelajaran 10 : Cara Membaca Lafaz al-Jalalah (ALLAH).
Pelajaran 11 : Cara Membaca Hamzah Wasal.
Pelajaran 12 : Cara Berwakaf (memberhentikan bacaan).
Pelajaran 13 : Cara Membaca Huruf-huruf Muqatta’ah.

Berdasarkan pengalaman, apabila seseorang peserta telah melepasi pelajaran ke 13, mereka sudah mempunyai kemahiran yang cukup untuk membaca Al-Quran. Namun begitu, peserta harus meneruskan pengajian ke satu masa yang akan ditentukan berdasarkan kemampuan dan kebolehan pelajar agar benar-benar mahir membaca Al-Quran.

Sukatan pelajaran bahagian tajwid buku al-Hira adalah sebagaimana berikut:

Pelajaran 14: Hukum Nun Mati dan Tanwin.
Pelajaran 15: Hukum Mim Mati.
Pelajaran 16: Hukum Qalqalah.
Pelajaran 17: Hukum Ra.
Pelajaran 18: Hukum Mad.
Pelajaran 19: Hukum Idgham.
Pelajaran 20: Tanda-tanda Waqaf.
Pelajaran 21: Cara Membaca Tanwin Bertemu Dengan Huruf Yang Mati atau Bertashdid.
Pelajaran 22: Sujud Tilawah/ Sajdah.

PELAJARAN SETERUSNYA BOLEH DAPATKAN DISINI :

5/5 - (7 votes)