Hukum Mim Sakinah

Pengertian Mim Sakinah

Mim Sakinah ialah mim yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai mim mati. Mim Sakinah mempunyai ciri yang sama seperti Nun Sakinah kerana kedua-duanya memiliki suara yang keluar dari pangkal hidung, khaisyum yang mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah sebagai satu ciri yang mesti ada pada Mim dan Nun Sakinah.

Kesemua hukum Mim Sakinah dikaitkan dengan perkataan syafawi yang bermaksud bibir kerana huruf mim itu adalah huruf yang keluar melalui pertemuan dua bibir.

Terdapat tiga hukum bagi Mim Sakinah apabila bertemu huruf-huruf al-Quran:

  • IDGHAM SYAFAWI –   ﺇﺩﻏﺎﻡ ﺷﻔﻮﻱ

Dari segi istilah bererti menggabungkan Mim Sakinah ke dalam mim berbaris berserta dengung.

Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf mim yang berbaris maka hendaklah dimasukkan suara Mim Sakinah ke dalam yang berbaris itu dengan disertai dengung. Ini dapat dipastikan dengan merapatkan kedua-dua bibir dengan sempurna dan ditekan udara ke pangkal hidung untuk menyempurnakan dengung Mim Sakinah itu dengan kadar 2 harakat.

Hurufnya satu saja iaitu: MIM ( ﻡْ )

Idgham Syafawi juga dinamakan Idgham Mislain Soghir oleh kebanyakan ulama kerana perkataan Mislain bermaksud dua huruf yang serupa.

Contoh-contohnya:

وَخَلَقَ لَكُمْ مَّا فِي الْأَرْضِ – كُلَّمَا أَضَآءَ لَهُمْ مَّشَوْا فِيهِ – وَآمَنَهُمْ مِّنْ خَوْفٍ

  • IKHFA’ SYAFAWI –  ﺇﺧﻔﺎﺀ ﺷﻔﻮﻱ

Dari segi istilah bererti menyembunyikan sebutan Mim Sakinah berserta dengung.

Bacaan ikhfa’ syafawi ialah dengan cara menyembunyikan sebutan Mim Sakinah iaitu dengan melafazkan sebahagian hurufnya sahaja.

Cara bacaannya sama seperti cara bacaan Iqlab pada hukum nun sakinah iaitu dengan meringankan bibir semasa menyebut mim sukun dengan tidak merapatkan bibir sepenuhnya.

Hurufnya satu sahaja iaitu BA ( ب )

Contoh-contohnya:

وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللهِ – مَالَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ – وَمَاهُمْ بِـمُـؤْمِنِيْنَ

  • IZHAR SYAFAWI – ﺇﻇﻬﺎﺭﺷﻔﻮﻱ

Dari segi istilah bererti menzahirkan sebutan Mim Sakinah dengan tanpa dengung.

Bacaan izhar syafawi ialah dengan cara menzahirkan sebutan Mim Sakinah tanpa dengung apabila ia bertemu dengan 26 huruf selain Mim dan Ba, iaitu dengan menahan udara dari naik ke pangkal hidung bagi mengelakkan keluarnya suara dengung itu. Bagi memastikan tiada dengung pada sebutan Mim, maka bibir hendaklah dibuka semula dengan cepat setelah ia dirapatkan.

Huruf-huruf Izhar Syafawi ada 26 kesemuanya iaitu selain daripada huruf Mim ( ﻡْ ) dan Ba ( ب ) .

Contoh-contoh:

  وَهُمْ سَـالِمُونَ – وَلأدْخِلَنَّكُـمْ جَنَّـاتٍ – لِنَجْعَلَهَا لَكُـمْ تَذْكِرةً – لِيَبْلُوَكُـمْ أَيُّكُمْ أَحْسَن – إِنْ كُنْتُمْ صَادِقينَ – لَقَدْ جَاءَكُـمْ رَسُولٌ – وَاْتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتَهُمْ – لَـمْ يَنْقصُوكُمْ -أَمْثَلُهُمْ طَرِيقَةً

Slim Rechargeable Bluetooth Keyboard and Mouse Set

RM61.00

  • Mouse Connection- Wireless
  • Keyboard Connection –Wireless
  • Interfacebluetooth,USB
  • Brand NameJOMAA
  • Origin – Mainland China
Read more

Komik Mechamato Wira Baharu

RM6.00

  • Ebook ini dalam bentuk Flipbook.
  • Ini bukan produk fizikal, hanya akses kepada Flipbook.
  • Boleh membacanya di https://pengajianalhira.com/komik-mechamato-wira-baharu. Setelah buat pembayaran anda akan dibawa ke page tersebut, sila bookmark untuk rujukan akan datang.
  • Username & Password sudah dicipta secara automatik, jika ingin ubah boleh reset melalui email.
  • Jika ada permasalahan hubungi di sini: klik
  • Sila pastikan setiap kali mahu membaca, anda perlu login My account terlebih dahulu.
Category:
Read more

Buku Imam Mahdi

RM6.00

  • Ebook ini dalam bentuk Flipbook.
  • Ini bukan produk fizikal, hanya akses kepada Flipbook.
  • Boleh membacanya di https://pengajianalhira.com/buku-imam-mahdi. Setelah buat pembayaran anda akan dibawa ke page tersebut, sila bookmark untuk rujukan akan datang.
  • Username & Password sudah dicipta secara automatik, jika ingin ubah boleh reset melalui email.
  • Jika ada permasalahan hubungi di sini: klik
  • Sila pastikan setiap kali mahu membaca, anda perlu login My account terlebih dahulu.
Category:
Read more

Philips 9.0L Air Fryer

RM198.99

  • Knob Control
  • LED Display
  • Non-Sticky
  • Temperature Control
  • Touch Control
Category:
Read more

Tilam Dr.Alstone – Chiropractic 360º Air Ventilation

RM279.00

Dr.Alstone – Chiropractic 360º Air Ventilation Mattress Tilam

– Direct Export to UK Quality
– Implemented withHigh Density 4D Airmesh Fabric
– 360o Air Ventilation Technology Design (4D AV 4″ Top plush-top)
– Anti Dusmite
– Anti Bacterial
– Anti Hypoallergenic
– Firmer Support
– Turn Free
– Minimum Disturbance
– Synthetic Latex Layer
– Coconut Fibre layer

Category:
Read more

PHILIPS 4.1L Air Fryer

RM329.00

PHILIPS 4.1L Air Fryer (Essential) HD9200/91 –

  • Rapid Air.
  • Fry.
  • Bake.
  • Grill.
  • Roast.
  • Quick Clean basket.
Category:
Read more

Multifunctional USB C Hub

RM61.00

  • 6-in-1 USB C Hub
  • Fast PD Charging
  • Plug & Play
  • Powerful Card Reading Function
Category:
Read more

Touch ‘n Go eWallet Reload PIN RM 100

RM100.00

Benefits of Buying Reload PIN from Lazada

  1. Pay with credit card/TNG eWallet, earn credit points/rewards.
  2. Buy from a trusted store [LazMall]
  3. No Surcharge
  4. Use up to 10% Lazada Cashback (UP to RM5)
Category:
Read more

3 thoughts on “Hukum Mim Sakinah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *