Al-Hira – sebuah kaedah Inovatif dalam pembelajaran membaca Al-Quran yang direka khas untuk membawa anda daripada sifar kepada mampu membaca Kitabullah dalam tempoh hanya 24 jam. Bukan sekadar janji, kaedah ini telah melalui ujian rintis selama 22 bulan dan terbukti berkesan secara konsisten.
Apa yang menjadikan Al-Hira istimewa?
Ia mudah, praktikal, dan sistematik – sesuai untuk semua peringkat usia, tanpa mengira latar belakang pendidikan agama. Lebih dari itu, Al-Hira’ hadir dengan kesyumulan yang menyentuh hati, lalu bertanyakan kepada anda dengan penuh makna:
Masih adakah dalam kalangan keluarga kita yang belum mampu membaca Al-Quran?
Masih adakah insan yang menganggap membaca Al-Quran itu sukar?
Masih adakah cinta kepada Al-Quran itu bersemi di hati kita?
Jika jawapan anda “YA” , maka inilah saatnya untuk menyisihkan masa – hadiahkan diri dan keluarga anda kepada Al-Quran. Berlayarlah dengan Al-Hira’ , nescaya sebelum fajar menyingsing keesokan hari, anda telah memilikinya: kemampuan membaca Al-Quran dengan yakin dan bertadabbur.
Kerana Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi pusaka abadi, mukjizat Nabi, panduan hidup hingga ke mati, ubat dan rahmat ketika hidup, serta sahabat setia di dalam kubur.
Dan Kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian. (al-Isra’ 82)
“Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al Quran), maka baginya kebaikan, dan kebaikan sepuluh (kali ganda) sepertinya. Aku tidak katakan “Alif Lam Mim” itu sebagai satu huruf, akan tetapi “Alif” adalah satu huruf, “Lam” adalah satu huruf dan “Mim” adalah satu huruf.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi).
Maka bacalah al Quran untuk bekalan amalan kita di akhirat, Allah swt telah begitu pemurah sehingga memberikan balasan pahala mengikut huruf yang dibaca dan bukan mengikut satu ayat satu pahala.
Adakah Anda Salah Seorang dari Golongan Ini?
Dalam era moden ini, pembelajaran al-Quran menjadi semakin mencabar. Adakah anda tergolong dalam salah satu kategori berikut?
✔ Ibu Suri Rumah atau Bapa Pemimpin Keluarga: Anda mungkin seorang ibu atau bapa yang ingin memastikan anak-anak anda dapat membaca al-Quran dengan baik. Ini adalah tanggungjawab besar yang memerlukan pendekatan yang betul dan sistematik.
✔ Remaja atau Lepasan Universiti Ternama: Anda yang sedang mencari cara untuk mendalami al-Quran, mungkin untuk mengisi masa lapang atau sebagai sebahagian daripada pendidikan spiritual anda.
✔ Profesional atau Usahawan Berjaya: Dalam dunia yang sibuk ini, anda mungkin memerlukan cara yang efektif untuk mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab agama.
✔ Khalifah atau Pemimpin yang Bertanggungjawab Menjaga al-Quran: Anda berperanan penting dalam menyebarkan ilmu dan menjaga kitab suci ini. Menjadi khadam al-Quran adalah satu tanggungjawab yang harus dipenuhi dengan sebaik mungkin.
✔ Pemilik Tadika, Sekolah Swasta, dan Pusat Pengajian Al-Quran: Anda memerlukan kaedah pengajaran yang berkesan untuk pelajar-pelajar anda agar mereka dapat memahami dan membaca al-Quran dengan baik.
✔ Guru yang Mencari Kaedah Mudah untuk Mengajar Al-Quran: Anda mungkin sedang mencari pendekatan baru yang dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran al-Quran.
Sekiranya anda tergolong dalam mana-mana kategori di atas, jangan lepaskan peluang untuk mempelajari al-Quran dengan kaedah al-Hira. Mengambil langkah pertama untuk belajar al-Quran adalah satu pelaburan berharga dalam diri anda dan generasi akan datang.
Kelebihan Menggunakan Kaedah al-Hira
Pembelajaran Tajwid yang Efektif: Dengan al-Hira, anda dapat mempelajari tajwid secara mendalam. Kaedah ini mengutamakan pembacaan yang betul, memastikan setiap huruf dan lafaz diucapkan dengan cara yang tepat.
Membaca Al-Quran dalam Tempoh Singkat: Dalam hanya 24 jam, anda sudah boleh membaca al-Quran. Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa, terutama bagi mereka yang merasa sukar untuk memulakan.
Memenuhi Tuntutan Dunia Moden: Kaedah al-Hira direka untuk memenuhi keperluan pelajar masa kini. Dengan gaya pengajaran yang interaktif dan praktikal, pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
Membangunkan Minat Terhadap Al-Quran: Al-Hira bukan sekadar kaedah belajar, tetapi juga memupuk cinta dan minat terhadap al-Quran. Anda akan merasakan kedamaian dan kebahagiaan ketika mempelajari kitab suci ini.
Ada 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih al-Hira:
1. Unik. 2. Susunannya teratur dan sistematik. 3. Ringkas dan padat. 4. Mudah difahami. 5. Dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran. 6. Dua dalam Satu. (Asas & tajwid) 7. Tajwid yang lengkap dan ringkas. 8. Boleh membaca Al-Quran dengan tajwid. 9. Tepat & sesuai dengan keperluan masakini. 10. Cepat dan jimat.
AL-HIRA: Panduan Belajar Membaca al-Quran Masa Kini !
“PANDUAN MODEN MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA SINGKAT”
Buku Ini Mengandungi 22 Pelajaran dan Ia Terbahagi Kepada Bahagian Asas & Bahagian Tajwid
Sukatan Pelajaran Bahagian Asas Buku al-Hira adalah Sebagaimana Berikut:
Pelajaran 1 : Cara Membaca Huruf yang Berbaris Atas. Pelajaran 2 : Cara Membaca Huruf yang Berbaris Bawah. Pelajaran 3 : Cara Membaca Huruf yang Berbaris Hadapan. Pelajaran 4 : Mengenal Huruf Bersambung. Pelajaran 5 : Mengenal Bacaan Tanda Panjang. Pelajaran 6 : Cara Membaca Huruf Berbaris Dua (Tanwin). Pelajaran 7 : Cara Membaca Huruf Mati (Sukun). Pelajaran 8 : Cara Membaca Huruf yang Bertashdid. Pelajaran 9 : Cara Membaca (Alif Lam) at-Ta’rif. Pelajaran 10 : Cara Membaca Lafaz al-Jalalah (ALLAH). Pelajaran 11 : Cara Membaca Hamzah Wasal. Pelajaran 12 : Cara Berwakaf (memberhentikan bacaan). Pelajaran 13 : Cara Membaca Huruf-huruf Muqatta’ah.
Berdasarkan pengalaman, apabila seseorang peserta telah melepasi pelajaran ke 13, mereka sudah mempunyai kemahiran yang cukup untuk membaca Al-Quran. Namun begitu, peserta harus meneruskan pengajian ke satu masa yang akan ditentukan berdasarkan kemampuan dan kebolehan pelajar agar benar-benar mahir membaca Al-Quran.
Sukatan Pelajaran Bahagian Tajwid Buku al-Hira adalah Sebagaimana Berikut:
Pelajaran 14: Hukum Nun Mati dan Tanwin. Pelajaran 15: Hukum Mim Mati. Pelajaran 16: Hukum Qalqalah. Pelajaran 17: Hukum Ra. Pelajaran 18: Hukum Mad. Pelajaran 19: Hukum Idgham. Pelajaran 20: Tanda-tanda Waqaf. Pelajaran 21: Cara Membaca Tanwin Bertemu Dengan Huruf Yang Mati atau Bertashdid. Pelajaran 22: Sujud Tilawah/ Sajdah.
Kaedah Al-Hira: Inovasi dalam Pengajaran Muqaddam dan Iqra
Kaedah al-Hira merupakan satu pendekatan inovatif dalam pengajaran al-Quran yang diasaskan oleh Dr. Hj Muhammad Roihan Al-Mandily, seorang pendidik berasal dari Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia. Dengan pengalaman selama 22 bulan dalam ujian dan percubaan, kaedah ini terbukti berkesan dan mudah untuk dipraktikkan.
Tradisionalnya, pengajaran al-Quran menggunakan buku Muqaddam al-Baghdadiah yang berfokus pada sistem mengeja. Namun, setelah bertahun-tahun, sistem ini dilihat semakin kurang sesuai dengan keperluan semasa. Oleh itu, Dr. Roihan memperkenalkan kaedah baru yang membolehkan pelajar membaca al-Quran secara langsung tanpa melalui proses ejaan.
Satu lagi keistimewaan Kaedah al-Hira adalah penggunaan hanya satu buku nipis, yang memudahkan pelajar menguasai bacaan al-Quran dengan lebih cepat dan efektif. Susunan pelajaran yang sistematik dan teratur membolehkan pelajar memahami dan menguasai cara membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan lebih baik.
Dengan pendekatan yang inovatif ini, kaedah al-Hira bukan sahaja meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran Muqaddam dan Iqra, tetapi juga menjadikan proses pembelajaran lebih menyenangkan dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.
Ada 5 Sebab Kenapa Kaedah yang Kami Tawarkan ini Boleh Diterima:-
1. Cepat – Tidak mengambil masa yang lama. 2. Tepat – Sesuai dengan keperluan masa kini. 3. Jimat – Belanja sedikit, nilainya / keuntungannya besar. 4. Padat – Mengandungi dua bahagian pembelajaran (asas dan tajwid) 5. Selamat – Boleh membebaskan umat dari buta huruf Al-Quran.
Sedang mencari tempat belajar membaca al-Quran? Sila berhubung dengan kami. Pihak kami telah menyediakan modul kursus intensif dalam masa 24 jam untuk anda menguasai Kaedah Al-Hira’
Jom belajar mengaji al-Quran bersama kami! Mulakan perjalanan pembelajaran al-Quran anda hari ini.
Daftar sekarang untuk kelas mengaji yang mudah dan efektif!
Belajar Al-Qur’an adalah kewajiban bagi setiap Muslim untuk membaca, memahami, dan mengamalkannya dengan betul kerana Al-Quran adalah panduan hidup bagi umat Islam.
Hukum Tajwid adalah aturan-aturan dalam membaca Al-Qur’an dengan benar sesuai dengan cara yang diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Tajwid bertujuan untuk melafalkan huruf-huruf Al-Qur’an dengan sifat dan makhraj yang tepat.
Fiqh muamalat adalah cabang ilmu fiqh yang mengatur hubungan dan interaksi antara manusia dalam pelbagai aspek kehidupan, terutamanya yang berkaitan dengan transaksi komersial dan kewangan.