1. Ekonomi Malaysia mencatatkan perkembangan yang lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 didorong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta.
2. Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, pasaran pekerja yang bertambah baik serta peningkatan guna tenaga yang mantap dan upah yang terus meningkat telah menyokong penggunaan swasta.
3. Pertumbuhan menjadi tinggi berpunca terutamanya daripada faktor dalam negeri, termasuk aktiviti pelancongan yang lebih giat daripada jangkaan dan pelaksanaan projek, termasuk yang dinyatakan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023.
4. Sementara itu, aktiviti pelaburan disokong oleh pengembangan kapasiti dan projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan menjadi antara penyumbang kepada pertumbuhan tersebut.
5. Pelancongan ke dalam negeri yang terus pulih meningkatkan eksport perkhidmatan dan sebahagiannya mengimbangi pertumbuhan eksport barangan yang lebih perlahan.
6. Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 0.9 peratus berbanding negatif 1.7 peratus pada suku keempat tahun lalu.
7. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pertumbuhan pada suku pertama 2023 disokong oleh pengembangan seterusnya dalam perbelanjaan isi rumah, aktiviti pelaburan yang berterusan, pasaran buruh yang bertambah baik dan aktiviti pelancongan yang lebih giat.
8. Usaha kerajaan memperkasakan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi ketika ini diterjemah menerusi pelbagai inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 yang turut menjadi teras penting dalam membangunkan Malaysia Madani.
9. Kerajaan Perpaduan yang direstui oleh YPDA kini terbukti berjaya mentadbir dan menguruskan ekonomi negara bukan sahaja dengan baik malahan jauh lebih daripada jangkaan.
10. Di samping pembangunan dari segi angka ekonomi , pentadbiran Madani juga berlandaskan konsep untuk membangun tanah air yang lebih mampan dan makmur berteraskan ruh daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan, di mana keterangkuman dan kesaksamaan menjadi teras utamanya – yakni sebuah masyarakat Malaysia yang adil.