majlis tahlil

Majlis Tahlil dan Doa Selamat

Dalam Bahasa Arab, Tahlil bererti menyebut kalimahsyahadah” iaitu “La ilaha illa Allah“. Definisi ini dinyatakan oleh Al-Laith dalam kitab lisan al-arab. Dalam kitab yang sama, az-Zuhri menyatakan, maksud tahlil adalah meninggikan suara ketika menyebut kalimah thayyibah.

Di negara kita Malaysia, majlis tahlil atau kenduri tahlil merujuk kepada majlis yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran umpamanya surah Yasin, bertahlil, zikir, doa seterusnya hidangan makanan sedekah kepada yang hadir. semuanya dilakukan dengan niat semoga Allah memberi mafaat pahala bacaan tadi dan kebaikan umpamanya sedekah makanan kepada para tetamu kepada mayat.

Bacaan Tahlil, Tasbih, Tahmid, Takbir al-Quran yang dilakukan semasa majlis tahlil adalah mendapat ganjaran yang banyak.

“Daripada Abu Zar, sesungguhnya sekumpulan daripada sahabat Nabi mengadu kepada Nabi s.a.w: Wahai Rasulullah s.a.w, orang-orang yang berharta mendapat pahala yang banyak. mereka sembahyang seperti kami sembahyang, juga berpuasa seperti kami berpuasa. mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda s.a.w bertanya: Bukankah Allah telah menjadi sesuatu kepada kamu yang boleh kamu sedekahkan? sesungguhnya setiap tasbih (ucapan Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap takbir (ucapan Allahu Akbar) itu adalah sedekah, setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap tahlil (ucapan La ilaha illah) itu adalah sedekah.”

Kami Menerima Jemputan untuk Mengendalikan Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran di Lembah Klang.

Sila Hubungi Ust Fadzil:

whatsapp