Lanjutan daripada soalan tentang isu hukum ASB, ada juga yang bertanya tentang pinjaman rumah dan kereta yang dibuat.
” Kalau ASB haram, macam mana pulak dengan loan kereta, loan rumah yang orang buat semua tu. Takkan haram jugak?” komen orang itu.
Saya cuba jelaskan sedikit.
Sekarang ini ada dua jenis perbankan di Malaysia. Perbankan konvensional dan juga perbankan Islam.
Perbankan Islam wujud di Malaysia pada thaun 1983, melalui akta bank Islam. Ada akta sendiri, bukan benda main-main ye. Setahun selepas itu, wujud pula akta Takaful (berbeza dengan akta insurans).
Jadi perbankan Islam di Malaysia masih lagi muda, kalau nak bandingkan dengan perbankan konvensional.
Tahun 1984, hanya satu bank sahaja yang mengamalkan perbankan Islam. Tak lain tak bukan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Kenapa wujud perbankan Islam? Fatwa di Malaysia mengatakan bahawa interest atau bunga di bank adalah haram. Diulangi, hukumnya HARAM. Kenapa? Sebab interest itu adalah RIBA. Riba adalah salah satu dosa besar. Mengamalkan riba boleh diistilah seperti mengangkat senjata berperang dengan Allah. Na’uzubillah.
Jadi sebab itu diusahakan juga untuk diadakan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia. Begitu juga dengan takaful. Fatwa juga mengatakan bahawa insurans konvensional adalah haram.
Kebanyakan transaksi di bank akan menghasilkan duit riba, termasuklah jika kita buat pinjaman membeli rumah atau kenderaan. Ada wujud interest. Maksudnya ada riba. Jadi hukumnya haram. Harap jelas semuanya.
” bank Islam pun bagi pinjaman jugak. Jadi haram la jugak” kata orang yang lain.
Bank Islam menawarkan pembiayaan, bukan pinjaman. Mereka gunakan konsep murabahah (jual dengan tambahan harga untuk dapat untung) ataupun bai’ bi thaman ajil (jual dengan harga tangguh – maksudnya jual dengan ansuran).
Perbahasannya panjang lebar. Tapi konsep mudahnya, bank berntindak sebagai orang tengah, beli barang itu dari pengeluar dan kemudian jual semula pada kita dengan harga yang lebih (sebab kita beli dengan ansuran, dibenarkan bank ambil untung). Jadi bank untung dengan cara buat jual beli.
Nampak sama, macam bank konvensional, tapi berbeza.
Bank konvensional, mereka bagi kita pinjam duit. Mereka dapat untung hasil pinjaman yang kita buat. Pinjam 30000, bayar semula 40000. Lebih 10000 itu adalah duit riba yang haram.
Tak kisah la kita beli kereta apa pun. Proton Exora ke, Volkswagen ke, atau kereta kuda sekalipun hehe.
Boleh faham setakat ini? Boleh tanya lagi kalau tak faham…
Kredit kepada
http://nurfauzibassar.blogspot.com