Makhraj Sebutan Huruf

makhraj sebutan huruf

Pengertian Makhraj Huruf

Makhraj bermaksud tempat keluar suara huruf-huruf al-Quran. Para ulama bersepakat menetapkan jumlah huruf-huruf Hijaiyyah atau abjad huruf al-Quran sebanyak 29. 

Huruf-hurufnya ialah:

ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن وه ء ي

Sebahagian ulama yang lain pula menetapakan abjad huruf-huruf al-Quran ada 28 sahaja. Ini kerana mereka tidak mengira huruf alif sabagai salah satu huruf konsonan, tetapi alif dikira sebagai huruf mad atau vokal.

Suatu yang perlu difahami oleh pembaca ialah huruf hanya wujud pada tulisan bukan pada lafaz (sebutan). Apabila huruf  ب dilafazkan umpamanya, yang keluar adalah sebutan huruf itu, bukan tulisannya. Maka kerana itu apabila dikatakan Makhraj Huruf  ب sebenarnya ia menjelaskan tempat keluar suara huruf itu, bukan menyentuh persoalan tulisan.

Makhraj Muhaqqaq dan Muqaddar

Huruf-huruf yang dilafazkan itu ada yang keluar dari Makhraj Muhaqqaq atau pun konsonan iaitu mahkraj yang dapat dikenal pasti tempat keluarnya seperti suara huruf yang keluar dari lidah, bibir dan sebagainya. Ke semua 28 huruf abjad yang disebutkan tadi adalah suara-suara huruf yang mempunyai tempat keluar yang dapat ditentukan.

Makhraj Muqaddar atau vokal ialah makhraj yang tidak dapat ditentukan dengan tepat tempat keluarnya. Antara contoh Makhraj Muqaddar ialah suara tiga huruf mad iaitu alif sebelumnya fathah, ya sebelumnya kasrah atau wau sebelumnya dhommah.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah suara huruf-huruf al-Quran itu terdiri dari 28 suara huruf hijaiyyah, suara dengung dan tiga suara mad. Ini menjadikan 30 sebutan huruf kesemuanya.

Makhraj Am dan Makhraj Khas

Bedasarkan kepada apa yang telah disepakati oleh para Qurra’ dan Lughawiyin sebutan suara huruf-huruf al-Quran itu terbahagi kepada Lima anggota Makhraj Am dan Tujuh Belas Makhraj Khas.

Lima anggota am itu ialah: Dua bibir, lidah, kerongkong, Rongga, dan Pangkal hidung.

  • Al-Halq – الحلق

Ia bermaksud kerongkong tekak atau halkum. Teradapat 6 huruf kesemuanya yang keluar dari kerongkong tekak, iaitu:

 أ ه ع ح غ خ

Huruf Halqi tersebut pula terbahagi kepada 3 bahagian khusus:

a) Pangkal kerongkong: ( ه ء )
b) Tengah kerongkong: ( ح ع )
c) Hujung Kerongkong: ( خ غ )

  • Al-Lisan – اللسان

Ia bermaksud lidah. Terdapat 18 huruf Lisan atau Lidah, iaitu:

ر ن ل ض ج ش ي ك ق ت د ط ث ذ ظ ص ز س

Makhraj lidah ini pula terbahagi kepada 10 bahagian khusus:

a) Pangkal lidah, berhampiran dengan kerongkong menyentuh bahagian anak tekak: ( ق )

b) Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang: ( ك )

c) Tengah lidah ditekan ke lelangit atas: ( ي ج ش )

d) Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian dalam):
( ض )

e) Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam): ( ل )

f) Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf Lam:
( ن )

g) Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah
bahagian belakang: ( ر )

h) Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah: ( س ز ص )

i) Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas: ( د ط ت )

j) Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas:
( ذ ث ظ )

  • As-Syafatain – الشفتين

Ia bermaksud bibir mulut. Terdapat 4 huruf Syafatain, iaitu:

ف و م ب

Makhraj ini hanya terbahagi kepada 2 bahagian khusus sahaja:

a) Bibir Bawah ditekan ke Gigi Kapak bahagian atas: ( ف )
b) Bibir Bawah dan Atas posisi rapat: ( ب م و )

  • Al-Jauf – الجوف

Ia bermaksud rongga mulut. Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan makhraj khusus bagi huruf-huruf Mad yang dikeluarkan melalui Rongga Mulut.

Terdapat 3 huruf mad yang keluar dari rongga mulut, iaitu:

ا و ي

  • Al-Khaisyum – الخيشوم

Ia bermaksud Rongga Hidung. Makhraj Khaisyum hanya khusus untuk ghunnah (dengung) sahaja. Dengung mestilah dikeluarkan melalui rongga hidung.

Dengung hanya berlaku pada huruf Mim ( م ) dan Nun ( ن ) yang berbaris mati dan syaddah (sabdu) sahaja.

Contoh:

Idgham maal ghunnah, ikhfa haqiqi, iqlab:

ن   ــًــ , ــٍــ , ــٌــ

Ghunnah Musyaddadah:

نّ مّ

Idgham Mitslain dan ikhfa syafawi:

مّ م – مْ ب

Idgham Mutajanisain:

مّ ب

Mad Lazim Harfi Mukhaffaf:

عٓسٓقٓ – نٓ

5/5 - (2 votes)

2 thoughts on “Makhraj Sebutan Huruf

Comments are closed.