Mad Asli

Mad asli (مد اصلي)  : Iaitu mad asal yang ada pada satu-satu kalimah dan tidak terikat dengan sebarang sebab untuk memanjangkannya seperti bertemu dengan huruf hamzah atau sukun.

Sekiranya huruf mad tersebut dibaca kurang atau lebih daripada 2 harakat, sama ada ia akan berubah makna atau tidak mempunyai sebarang makna. Kadar 2 harakat adalah sekurang-kurang kadar pemanjangan, sedangkan 1 harakat tidak dikira sebagai bacaan yang panjang. Begitu juga jika lebih dari 2 harakat, ia sudah melebihi pemanjangan yang asal. 

Dikenali juga sebagai mad tabi’e (طبيعي) bermaksud semulajadi kerana menjadi tabiat orang Arab menyebutnya dengan 2 harakat tidak lebih atau kurang.

Mad asli dikenali dengan dua tanda berikut:


i.  Huruf mad ا و ي yang tiada sebarang tanda atau baris.

قِيلَ  –  قُولُواْ  –   قَالَ

ii. Tanda alif kecil ( ا ), wau kecil ( و ) atau ya kecil ( ۦ )  .

إِۦلَٰفِهِمۡ  –  إِنَّهُۥ  –  أَغۡنَىٰ

Huruf alif ( ا ) didahului oleh baris fathah (baris atas). Huruf waw ( و ) didahului oleh baris dhommah (baris hadapan). Haruf ya’ ( ي ) didahului oleh baris kasrah (baris bawah).

Contoh ayat:

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ  – تِلْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهَا إِلَيْكَ

Terdapat 3 Keadaan Mad Asli, iaitu:

  1. Mad Asli yang berlaku pada keadaan wasal sahaja. (bersambung)
  2. Mad Asli yang berlaku pada keadaan waqaf sahaja. (berhenti)
  3. Mad Asli yang berlaku pada keadaan wasal dan waqaf.

Wasal – mad asli berlaku ketika bersambung

Mad Silah Sughra : (مد صلة صغرى) Iaitu mad asli yang berlaku ketika menyambungkan bacaan.

Silah bererti sambung; qasirah pula bererti pendek. Berlaku pada huruf ha’ dhamir yang terletak di antara dua huruf yang berbaris dan tiada huruf hamzah selepasnya.

Dibaca dengan 2 harakat ketika wasal dan disukunkan ketika waqaf. 

بِهِۦ بَصِيرٗا  –  إِنَّهُۥ كَانَ

Dapat dikenali dengan adanya tanda wau kecil ( و ) atau ya kecil ( ۦ )  selepas huruf ha’ dhamir.

مِيثَٰقِهِۦ وَيَقْطَعُونَ – لِقَوْمِهِۦ يَٰقَوْمِ – وَرَحْمَتُهُۥ لَكُنتُم

Contoh ayat:

فَمَنْ شَاۤءَ اتَّخَذَ اِلٰى رَبِّهٖ مَاٰبًا –  لَا تَأْخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا نَوْمٌۗ – وَّامْرَاَتُهٗ ۗحَمَّالَةَ الْحَطَبِۚ

Waqaf – mad asli berlaku ketika berhenti

Mad ‘Iwad : (مد عوض) Iaitu mad asli yang berlaku ketika mewaqafkan bacaan.

‘Iwadh bererti ganti; iaitu menggantikan satu baris dari tanwin fathatain kepada bacaan mad 2 harakat ketika diwaqafkan; kecuali pada kalimah yang diakhiri dengan ta marbutah yang bertanwin.

مَسۡرُورًا –  بَصِيرًا –  يَسِيرًا

Hendaklah berhati-hati agar tidak menambah sebutan hamzah atau ha’ sakinah di hujung mad ‘iwadh.

ۘ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا ۖ  – عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ  – بِهَٰذَا مَثَلًا 

Contoh ayat:

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا –  وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا – لَيْسُوْا سَوَاۤءً

Wasal dan Waqaf – mad asli berlaku ketika sambung atau berhenti, begitu juga sama ada berada di pertengahan atau di akhir kalimah:

  1. Mad Asli Kalimi

Mad Asli Kalimi di sini bermaksud Mad Asli secara dasar amnya, iaitu Mad Asli yang dibaca 2 harakat pada semua keadaan sama ada wasal, waqaf, pertengahan atau akhir perkataan.

i.  Huruf mad ا و ي yang tiada sebarang tanda atau baris.

قِيلَ  –  قُولُواْ  –   قَالَ

ii. Tanda alif kecil ( ا ), wau kecil ( و ) atau ya kecil ( ۦ )  .

إِۦلَٰفِهِمۡ  –  إِنَّهُۥ  –  أَغۡنَىٰ

  • Mad Tamkin

Terdapat perkataan-perkataan yang dikategorikan sebagai Mad Tamkin dalam al-Quran seperti:

وَإِذْ أَخَذْنَا مِنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ مِيثَٰقَهُمْ – وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ 

  • Lafaz Jalalah

Huruf lam bersabdu pada Lafaz Jalalah (ٱللَّهُ) adalah sebahagian dari hukum mad asli seperti:  

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ – قُلِ اللَّهُمَّ 

dibaca dengan 2 harakat walaupun tiada tanda alif kecil di atas huruf lam tersebut. Ini adalah untuk membezakan Lafaz Jalalah dengan kalimah Al-Lata.

اَفَرَءَيْتُمُ اللّٰتَ وَالْعُزّٰى 

  1. Mad Asli Harfi

Mad Asli yang terdapat pada huruf ringkas di awal surah juga dibaca dengan 2 harakat. Dikenali sebagai Mad Asli Harfi.

يسٓ  –    حمٓ  –  طه

Perhatian:

a. Tanda sifir mustadir (bujur serong) bukanlah tanda huruf mad asli, tetapi tanda huruf tambahan yang ada pada tulisan tapi diabaikan dalam bacaan; sama ada ketika wasal atau waqaf.

تَصۡبِرُواْ  –  وَتَتَّقُواْ – قَوَارِيرَاْ  – أُوْلَٰٓئِك

b. Tanda sifir mustathil (bujur tegak) pula adalah tanda huruf yang diabaikan ketika wasal tetapi dibaca ketika waqaf dengan mad asli.

لَّٰكِنَّا۠    –     ٱلظُّنُونَا۠     –    ٱلسَّبِيلَا۠   –     أَنَا۠

Komik Mechamato Wira Baharu

RM6.00

  • Ebook ini dalam bentuk Flipbook.
  • Boleh membacanya di https://pengajianalhira.com/komik-mechamato-wira-baharu
  • Setelah pembayaran dibuat kata laluan akan dihantar melalui email.
  • Jika kata laluan di isi masih tidak boleh akses, sila refresh page tersebut.
  • Pastikan alamat email anda betul.
Category:
Read more

Buku Imam Mahdi

RM6.00

  • Ebook ini dalam bentuk Flipbook.
  • Boleh membacanya di https://pengajianalhira.com/buku-imam-mahdi
  • Setelah pembayaran dibuat kata laluan akan dihantar melalui email.
  • Jika kata laluan di isi masih tidak boleh akses, sila refresh page tersebut.
  • Pastikan alamat email anda betul.
Category:
Read more

Philips 9.0L Air Fryer

RM198.99

  • Knob Control
  • LED Display
  • Non-Sticky
  • Temperature Control
  • Touch Control
Category:
Read more

Tilam Dr.Alstone – Chiropractic 360º Air Ventilation

RM279.00

Dr.Alstone – Chiropractic 360º Air Ventilation Mattress Tilam

– Direct Export to UK Quality
– Implemented withHigh Density 4D Airmesh Fabric
– 360o Air Ventilation Technology Design (4D AV 4″ Top plush-top)
– Anti Dusmite
– Anti Bacterial
– Anti Hypoallergenic
– Firmer Support
– Turn Free
– Minimum Disturbance
– Synthetic Latex Layer
– Coconut Fibre layer

Category:
Read more

PHILIPS 4.1L Air Fryer

RM329.00

PHILIPS 4.1L Air Fryer (Essential) HD9200/91 –

  • Rapid Air.
  • Fry.
  • Bake.
  • Grill.
  • Roast.
  • Quick Clean basket.
Category:
Read more

Multifunctional USB C Hub

RM61.00

  • 6-in-1 USB C Hub
  • Fast PD Charging
  • Plug & Play
  • Powerful Card Reading Function
Category:
Read more

Touch ‘n Go eWallet Reload PIN RM 100

RM100.00

Benefits of Buying Reload PIN from Lazada

  1. Pay with credit card/TNG eWallet, earn credit points/rewards.
  2. Buy from a trusted store [LazMall]
  3. No Surcharge
  4. Use up to 10% Lazada Cashback (UP to RM5)
Category:
Read more

Konsep dan Teknikal Labur dan Dagang Emas Patuh Shariah

RM79.00

SIAPA PATUT SERTAI

1. Semua peminat pelaburan emas sama ada untuk simpanan jangka pendek, sederhana dan lama.
2. Penjual emas.
3. Pembeli emas.
4. Pelabur dalam emas.
5. Ilmuan dan para pengkaji.

Category:
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *