Buku Uthmaniyah Di Hujung Jari

uthmaniyah

Mengenai buku :

Cuba menakluki Baghdad itu adalah jauh lebih indah daripada Baghdad itu sendiri.” — Sultan Murad IV

Bermula daripada segerombolan pelarian perang yang nomadik, mereka mendaki hierarki menjadi sebuah kerajaan beylik yang kecil, hinggalah berjaya meletakkan pusat mereka di antara Eropah dengan Asia, sekali gus bangkit sebagai salah satu kuasa dunia yang terpenting di Eropah Timur. Bangsa ini mungkin menjengkelkan tetapi bangsa ini bangsa yang tidak takut kalah.

Bayangkan bagaimana keadaan Eropah hari ini jika Uthmaniyah tidak pernah berdiri di Anatolia. Eropah hanya lebih “bertamadun” setelah munculnya kerajaan Islam tunggal di rantau mereka itu.

Malahan sayap mereka tidak hanya terhad di Eropah semata-mata. Mereka pernah menundukkan Amerika Syarikat tanpa perlu bertempur di Afrika Utara. Mereka pernah menyumbang senjata, kekuatan dan ilmu di Aceh. Mereka dianggap sebagai wira tidak didendang di Ireland.

Naskhah ini mengumpulkan himpunan bahan bacaan yang terbaik untuk dipelajari bersama-sama tanpa prejudis. Uthmaniyah adalah sebuah entiti yang sewajarnya diberi kredit dari segi pencapaian dan sumbangan terhadap dunia Islam. Namun, patut dikritik di atas apa jua kesilapan dan kezaliman yang dilakukan kerana selepas Rasulullah SAW meninggalkan umatnya di dunia ini, sudah tiada lagi pemimpin Islam yang sempurna.

“Jika dunia ini diperintah oleh satu kuasa tunggal, nescaya ibu kotanya berada di Istanbul.” — Napoleon Bonaparte

Isi Kandungan Uthmaniyah Di Hujung Jari

SEJARAH

Mengapa dan Bagaimana Uthmaniyah Dibina
Kekalahan Seljuk di Köse Dag
Kebangkitan Suku Kayı
Politik Perhambaan Penentu Legasi
Cara Menghentikan Krisis Pemberontakan Dalaman
Perang Saudara Sedekad
Penaklukan Konstantinopel 1453
Sultan-sultan yang Gila
• Sultan Ibrahim I
• Sultan Murad IV
• Sultan Mustafa
• Sultan Mehmed IV
• Sultan Murad V

HUBUNGAN DIPLOMATIK

Crimea: Legasi yang Gugur Sebelum Pendahulu
Hubungan Uthmaniyah–Ireland
Hubungan Uthmaniyah–Jepun
Hubungan Uthmaniyah–Amerika Syarikat
Hubungan Uthmaniyah–Rusia
Hubungan Uthmaniyah–Aceh
Hubungan Uthmaniyah–Jerman

LEGASI DAN PEDOMAN

Pancaragam Mehter Uthmaniyah
Peranan Uthmaniyah Memulihara
Gereja Makam Suci
• Jaminan Umar
• Status Quo daripada Era Uthmaniyah
• Keluarga Muslim Penjaga Gereja
• Tangga yang Tidak Bergerak
Kesultanan dan Kekhalifahan
Sultan Terakhir Berkuasa Mutlak
Khalifah Boneka Mengancam Kemalis
British yang Pernah Bersekutu dengan Uthmaniyah
Kebangkitan Nasionalis Turki
Mengkaji Dasar Sekularis Ataturk

PERISTIWA MENARIK

Pengepungan Kota Kut yang Memalukan British
Berjayakah Reformasi Tanzimat?
Tipu Helah British dan Revolusi Arab
Pejuang Kulit Hitam Uthmaniyah yang Setia
Ringkasan Peperangan Penting dalam Sejarah Uthmaniyah
• Pertempuran Bapheus
• Perang Ankara
• Pengepungan Konstantinopel
• Pertempuran Zonchio
• Perang Chaldiran
• Perang Mohacs
• Perang Vienna
• Perang Kars
• Pengepungan Acre

5/5 - (1 vote)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Translate »