Dewata Raya (Sinopsis)
Cerita asal mengenai 3 sahabat baik yang mempunyai kecerdasan luar biasa Harimau Hitam, Naga Merah, dan Phoenix. Diorang terpaksa pergi ke pulau Tierra Del Fuego (southern Argentina) sebab tentera yang paksa. Pulau ni dibangunkan oleh William Gates. Dia nak kumpul semua pendekar terhebat kat Bumi.
Masa kecil memang rapat, tapi dah besar, masing-masing berebut Phoenix, tapi dua-dua tak dapat. Yang dapat, Reyer (mamat berkuasa uranium, haha!).
Menurut kepercayaan orang Cina, hidup ni ada 5 penjelmaan, dan ini juga diamalkan didalam komik Dewata Raya. Rupa-rupanya, sejak dahulu lagi, Harimau Hitam dan Naga Merah memang senantiasa bergaduh, setiap penjelmaan.
Dewa Durjana a.k.a Dr. Sun Yat Seng a.k.a bapak Harimau Hitam
Cerita ni pun ada berebut pasal Senjata Keramat dan Senjata Buddha. Time diorang rebut Senjata Keramat paling mantap sekali jalan cerita dia. Mengisahkan bagaimana Ratu Seribu Tahun beria-ia mencari Pedang Keramat (salah satu Senjata Keramat) kerana kepingin kepanasan pedang tu. Ratu Seribu Tahun sebenarnya berasal dari planet Jupiter Raya, lari setelah kalah dalam peperangan adik beradik iaitu Raja Angkasa dan Ketua Negara. Tulang belakang Ratu Seribu Tahun sebenarnya dah patah, dan menggunakan Tongkat Angkasa (salah satu Senjata Keramat) untuk sebagai tulang belakang dia. Ratu Seribu Tahun juga membunuh kanak-kanak di Bumi semata-mata untuk mengambil kelenjar pituitari mereka untuk mengekalkan keremajaan dia.
Ratu Seribu Tahun
Dalam perjalanan untuk melawan Ratu Seribu Tahun, bermacam-macam pahlawan yang Harimau Hitam dan Naga Merah jumpa. Ratu Tebuan, Ratu Biawak, Puspa Dara, Manusia Ubahsuaian No.2 (sebenarnya Dewa Durjana a.k.a ayah Harimau Hitam). Dewa Durjana sangat mantap kerana berjaya melawan Ratu Seribu Tahun dengan hebatnya menggunakan hikmat Api Syurga nya (pergh ingat lagi aku siot!!!). Tapi yang dapat mengalahkan Ratu Seribu Tahun sebenarnya bini Naga Merah, Dewi Biru. Tapi Ratu Seribu Tahun lari dan menyorok didalam ruang dimensi 4.
Wiliam Gates sebenarnya orang kuat Raja Angkasa. Dia ada sebahagian dari Kitab Kulit Dinosour yang memaparkan kedudukan sebenar Pedang Keramat. Ratu Seribu Tahun ada lagi sebelah. Bila dicantumkan rupanya Pedang Keramat ada kat Antartik, berebut la diorang.
Last-last, Harimau Hitam yang pakai semua Senjata Keramat dan Buddha. Dia berjaya menyatukan senjata-senjata tu, walaupun sepatutnya tak boleh bersama antara Senjata Keramat dan Senjata Buddha. Dengan penyatuan semua senjata tu, dengan mudahnya dia mengalahkan Ketua Negara yang datang ke Bumi ketika itu. Harimau Hitam marah dengan Ketua Negara sebab peralatkan dia untuk bunuh anaknya sendiri. Ketika itu Harimau Hitam buta sementara, jadi Ketua Negara guna kuasa fikiran reka yang anaknya tengah rape Dara Puspa (awek lama).
Lepas tu, Raja Angkasa terus mara ke Bumi dengan angkatan tenteranya untuk menawan Bumi. Naga Merah sebagai Raja Bumi ketika itu bertanggungjawab untuk mempertahankan Bumi. Naga Merah dan Harimau Hitam bermati-matian lawan Raja Angkasa, tapi tetap tak dapat lawan sebab Raja Angkasa berjaya menguasai kuasa alam 5 dimensi.
Jadi Naga Merah dan Harimau Hitam bergabung menjadi satu iaitu pahlawan Victor, dengan Naga Merah mengetuai arahan (hanya seorang sahaja boleh bagi arahan). Victor dan Raja Angkasa berlawan di Antartik.
Walaupun sudah bergabung, tapi Raja Angkasa terlalu hebat. Akhirnya Victor menggunakan satu kuasa yang sememangnya tidak ada pada Raja Angkasa, KASIH SAYANG! Raja Angkasa terus berada dalam kegelapan ketika itu dan tak nampak apa jua yang Victor lakukan, akhirnya Raja Angkasa kalah. Tapi kemenangan itu tidak bermakna kerana Bumi sudah musnah kerana serangan Raja Angkasa dan bala tenteranya.
Victor dengan rela hati mengorbankan dirinya untuk menggunakan tenaga yang masih ada bagi menyelamatkan Bumi dari hancur. Bumi tidak musnah tapi mengubah Bumi secara total. Graviti Bumi bertambah sehinggakan kepak burung pun memanjang dan tiada kapal terbang lagi ketika itu. Bumi juga terbahagi kepada 2 puak.
– Tamat –