Salafiah & Asyairah: Sisi Sama dan Sisi Beza

asyairah

Adakah antara kedua-duanya 100% sama atau 100% berbeza? Pastinya tidak. Ada aspek perbezaan yang ketara dan wujud juga persamaan yang ketara juga.

Persamaan yang ketara;

1. Kedua-duanya kelompok Muslim.
2. Kedua-duanya meyakini Allah dan RasulNya (Muhammad SAW).
3. Kedua-duanya mentauhidkan Allah dan mentanzihkanNya.
4. Kedua-duanya merujuk al-Quran dan al-Sunnah.
5. Kedua-duanya menyintai generasi salafus soleh.
6. Kedua-duanya mengaku ahlus sunnah.
7. Kedua-duanya menolak firqah-firqah sesat: syiah, muktazilah, batiniyah, falasifah mudhillah, khawarij.

Sisi beza pula ialah;

1. Perbezaan dalam mentafsir ayat- ayat mutasyabihat:

Asyairah; tidak boleh difahami secara zahir (agar tidak disamakan Allah dengan makhluk), yakni mesti ditakwilkan sama ada takwil ijmali (tafwidh) atau takwil tafsili

– Salafiyah; mesti diterima dengan makna zahir (tidak ditakwilkan), namun bersama mentanzihkan Allah.

2. Penerimaan terhadap bid’ah hasanah;

– Asyairah; membahagikan bid’ah mengikut hukum taklifi

– Salafiyah; semua bid’ah adalah dholalah

3. Penerimaan terhadap ilmu Kalam dan falsafah

– Asyairah menerima Kalam dan falsafah.

– Salafiyah menolak Kalam dan falsafah.

Kenapa perbezaan menjadi perbalahan? Kerana pemikiran khawarij yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian perguruan hari ini (guru2 dan murid 2nya), iaitu cenderung menyesat dan mengkafirkan pihak lain yang berbeza, tidak hanya berbahas tetapi juga mudah menghukum.

Kita tidak boleh membendung perbahasan ilmiah, tetapi kita wajib membendung sikap ghuluw (melampau) sesama kita, kerana sikap itulah melahirkan khawarij di kalangan kita.

– Ahmad Adnan

5/5 - (1 vote)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *