Hukum Tarqiq dan Tafkhim

tebal tipis

Tarqiq bermaksud menipiskan sebutan sesuatu huruf, iaitu menjadikan sebutan huruf tersebut ringan pada makhraj dan lemah pada sifat-sifatnya.

Tafkhim bermaksud menebalkan sebutan sesuatu huruf, iaitu menjadikan sebutan huruf tersebut berat pada makhraj dan kuat pada sifat-sifatnya. 

Huruf-huruf istifal hendaklah sentiasa dibaca tipis dalam semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah. 

Huruf-huruf isti’la’ hendaklah sentiasa dibaca tebal dalam semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah. 

Huruf-Huruf Isti’la’ Yang Sentiasa Dibaca Tebal

Huruf-huruf isti’la’ hendaklah sentiasa dibaca tebal dengan mengangkat pangkal lidah ke lelangit. 

ص ض ط ظ ق غ خ

Empat huruf  ص ض ط ظ  juga bersifat itbaq, menghasilkan sebutan yang lebih tebal.

Huruf yang paling tebal adalah ط diikuti oleh  غ ق ظ ص ض  dan  خ .

Terdapat lima tingkatan tafkhim:

1. huruf tafkhim berbaris fathah diikuti dengan huruf alif.

أَبۡصَٰرِهِمۡ    –     أَضَآءَتۡ     –      قَامُواْۚ         

2. huruf tafkhim berbaris fathah

خَلَقَكُم      –    يُوصَلَ       –      قَدِيرٞ

3. huruf tafkhim berbaris dhommah

 ٱلۡمَغۡضُوبِ    –     ظُلُمَٰتٖ    –    قُلُوبِهِم

4. huruf tafkhim berbaris sukun

فَٱقۡتُلُوٓاْ     –    مُصۡلِحُونَ     –     أَظۡلَمَ       

5. huruf tafkhim berbaris kasrah

ٱلۡأَرۡضِ     –    وَيُقِيمُونَ      –     صِرَٰطَ

Huruf-Huruf Istifal Yang Sentiasa Dibaca Tipis

Huruf-huruf istifal hendaklah sentiasa dibaca tipis dalam semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah.

ب ت ث ج ح د ذ ز س ش ع ف ك م ن ه و ي ء

Ketika menyebut huruf-huruf ini, lidah hendaklah direndahkan dan berada dalam keadaan mendatar.

Kesalahan sering berlaku apabila huruf istifal berada bersebelahan dengan huruf isti’la’ iaitu sama ada kedua-dua huruf ditebalkan atau ditipiskan.

Contoh-contoh perkataaan yang perlu diperhatikan sebutannya.

1.     Huruf mim yang sentiasa ditipiskan:

مَخۡمَصَةٍ       –       مَرَضٗاۖ

2.     Huruf ba yang sentiasa ditipiskan: 

وَبَرۡقٞ     –   بَطَلَ     –  فَثَبَّطَهُمۡ

3.     Huruf Ha yang sentiasa ditipiskan:

أَحَطتُ   –    حَصۡحَصَ    –    ٱلۡحَقُّ

4.     Huruf sin yang sentiasa ditipiskan:

مَسۡطُورٗا     –   قِرۡطَاسٖ   –    أَقۡسَطُ

Huruf Alif Yang Dipanjangkan

Suara alif yang dipanjangkan hendaklah ditebalkan jika huruf sebelumnya adalah huruf tafkhim

ظَٰلِمُونَ   –   وَٱلۡأَنصَارِ  –   أَضَآءَتۡ   –  طسٓۚ   –  قَامُواْۚ   –   ٱلۡغَارِ   –   خَٰلِدِينَ

dan ditipiskan jika huruf sebelumnya adalah huruf tarqiq.

نَارُ     –    كَانُواْ   –   بِمَا

5/5 - (2 votes)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *