Imam al-Ghazali رضي الله عنه berkata:
“Antara tanda haji yang diterima ialah apabila seseorang itu redha dan lapang dada dengan segala perbelanjaan yang telah dikeluarkannya — sama ada nafkah, binatang korban, mahupun apa jua kehilangan dan musibah yang menimpanya pada harta atau tubuh badan.
Ini kerana musibah dalam perjalanan haji itu dikira seumpama berbelanja di jalan Allah — setiap satu dirham dinilai seperti tujuh ratus dirham — sebagaimana kesusahan dalam jalan jihad.
Maka, setiap kesakitan yang ditanggung, dan kerugian yang dialami, semuanya diberikan ganjaran – tiada yang sia-sia di sisi Allah Azza wa Jalla.
Dikatakan juga: antara tanda haji yang diterima ialah apabila seseorang meninggalkan maksiat yang biasa dilakukannya, menukar sahabat-sahabat yang lalai kepada sahabat-sahabat yang soleh, dan menukar majlis-majlis lagha dan leka kepada majlis-majlis zikir dan kesedaran.”
Ihya’ Ulumiddin
⸻
Imam an-Nawawi رضي الله عنه pula berkata:
“Seseorang yang pulang dari haji sepatutnya menjadi lebih baik daripada keadaannya sebelum pergi; itulah antara tanda hajinya diterima. Dan kebaikan itu sepatutnya terus meningkat dari masa ke masa.”
Tanda haji yang mabrur adalah pada perubahan jiwa selepas pulang.
Siapa yang benar-benar ‘pergi kepada Allah’, akan pulang dengan hati yang baru dan jalan hidup yang lebih bersih.
Semoga para hujaj mendapatkan haji yang mabrur. Kita doakan kepulangan semua dengan selamat