Sejarah Perpecahan Politik Dalam Islam

politik islam

Sejarah perpecahan dan Pertelingkahan Politik sebenarnya berlaku dihujung pemerintahan Khilafah Islam, Setelah Uthsman dibunuh oleh Pemberontak hanya kerana dituduh mengamalkan Nepotisme di dalam pemerintahannya.

Dalam setengah riwayat, Kemudian saidina Ali di bai’ah oleh sebahagian sahabat Nabi dan sebahagian dari kabilah pemberontak. Disinilah bermulanya perpecahan dalam Politik Islam. Lebih teruk perpecahan ini disemarakkan bukan hanya kelompok Munafik, Hatta Khawarij..

Dari kalangan sahabat yang bersama saidina Ali adalah Abdullah bin Abbas, Ammar bin Yasir, Abu Ayyub al-Ansari dan Jarir bin Abdullah.

Manakala yang bersama Muawwiyah yang menuntut bela atas kematian Saidina Utsman adalah Ummul mukminin Aisyah,Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin al-Awwam, Amru bin al-As dan Abdul Rahman bin Auf.

Diantara kalangan sahabat yang memihak Kepada Khalifah Ali dan Muawwiyah, ada dikalangan sahabat yang mengambil tindakan Berkecuali antaranya. Saad bin Abi Waqqas, Abdullah bin Umar, Usamah bin Zaid, Abu Musa al-Asy’ari dan Abu Hurairah.

Semua ini adalah nama besar dari kalangan sahabat. Ada diantara mereka disebutkan antara mereka yang dijanjikan Syurga, hatta Muawiyyah Bin Abu Sufyan dikenal pencatit Wahyu di Zaman Nabi.

Dalam Politik, Boleh jadi Ijtihad kita betul dan Boleh jadi salah, hari ini ramai dari kelompok Syiah yang memaki hamun dan mencela sebahagian besar sahabat Nabi atas sebab dendam Politik yang berpanjangan hanya kerana sebahagian Sahabat tidak bersetuju Saidina Ali menjadi Khalifah, begitu juga sebaliknya.

Berkata Imam al-Zahabi RA menyatakan pendapat para Ahli Sejarah…

اصطف الفريقان، وليس لطلحة ولا لعلي رأسي الفريقين قصد في القتال، بل ليتكلموا في اجتماع الكلمة، فترامى أوباش الطائفتين بالنبل، وشبت نار الحرب، وثارت النفوس

Kedua-dua pasukan berada dalam barisan dan tiada niat dalam diri Talhah dan Ali, ketua kedua-dua pasukan untuk berperang bahkan untuk berbincang untuk menyatukan suara lalu sekelompok orang daripada kedua-dua pihak mula melontarkan lembing maka menyala lah api peperangan dan berkobarlah jiwa…”.[Tarikh al-Islam]

Setelah berlaku pertembungan yang melibatkan Kematian Khalifah Ali, ramai dari kalangan sahabat termasuk Ibnu Abbas yang pernah menjadi jurucakap dan jurubicara Ali bersifat mengambil sikap berkecuali dalam Politik.

5/5 - (1 vote)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *