apa itu seo

Apa itu Seo?

SEO adalah Search Engine Optimization di mana ia adalah proses meng-optimasikan kedudukan website anda di halaman carian Google.

SEO juga bermaksud mengoptimumkan kandungan/ laman web anda agar lebih tinggi pada hasil enjin carian secara organik. Jika anda melakukannya dengan betul, anda boleh meningkatkan trafik daripada carian Google ke halaman kedai/ produk anda.

Kenapa Pentingnya Seo?

  • Lebih ramai pembaca.
  • Iklan lebih tepat.
  • Meningkatkan jualan.
  • Dapat kedudukan yang tinggi di halaman carian.

Macam Mana Seo Ini?

SEO berkait rapat dengan KEYWORD iaitu kata kunci. Kata kunci yang lebih tepat mendorong kepada carian yang lebih tepat. Jadi, keyword yang anda gunakan mestilah spesifik dan ada hala tujuan… bukan main letak sahaja.

  • #1 CONTOH SEO UNTUK PRODUK
    • Situasi: Penjual Kipas Mudah Alih
    • Tajuk yang awak perlu letak di Title Product: (READY STOCK) Portable Fan USB Rechargeable Mini Table Desk Handheld Kipas Tangan Mudah Alih
    • Tips: Pelbagaikan keyword pada tajuk produk supaya produk anda akan keluar di halaman carian untuk beberapa keyword.
    • Jika prospek mencari “portable fan”, dia akan jumpa iklan awak. Jika prospek mencari “Mini fan”, dia akan jumpa iklan awak. Faham?
  • #2 CONTOH SEO UNTUK ARTIKEL
    • Situasi: Penulis Artikel di Website Untuk Membuat Sabun Kenderaan DIY
    • Tajuk yang awak perlu letak di Tajuk: Cara Mudah Membuat Sabun Kenderaan di Rumah Secara PERCUMA (DIY)
    • Boleh guna pengenalan artikel seperti ini:
    • Dalam artikel kali ini, saya nak ajar tutorial menghasilkan sabun untuk motorsikal, kereta dan lori secara free sahaja di rumah. Kaedah ini cepat dan selamat berbanding pergi ke carwash.
    • Tips: Jadi apabila awak banyak letakkan keyword di pengenalan, ramai akan jumpa artikel anda. Jika di tajuk guna “Mudah”, dalam artikel boleh guna “cepat”.

Cara Research Keyword (kata kunci)

Pertama sekali awak kena belajar lebih lanjut lagi teknik SEO dan sebagainya. Lalu, pemilihan keyword yang tepat adalah penting. Anda boleh semak keyword yang orang cari melalui keyword research tool berikut:

kwinder
MOZ
Semrush
SERPSTAT
LongTailPro
ahrefs

Bagaimana Mana Proses Seo ini Berlaku?

Bahagikan SEO itu kepada empat komponen.

Pertama, on-page SEO.

  • Ini apa yang kita boleh buat terus.
  • Ada kawalan 100%.
  • Title tag, permalink, meta description, seo mapping, internal link.

Kedua, off-page SEO.

  • Ini komponen kurang kawalan.
  • Paling utama seputar backlink/inbound links.
  • Dalam sikit kita bezakan dofollow link dan nofollow link.

Ketiga, technical SEO.

Ada empat “S”.

  • Site structure.
  • Submission.
  • Speed.
  • Schema.

Keempat. Ini emas.

Konten SEO. Segalanya tentang konten.

Bagaimana cara menghasilkan konten supaya disukai:
+ Pembaca
+ Google

Cara Gerak Kerja SEO

SEO berfungsi dengan mengoptimumkan laman sesawang dan konten untuk meningkatkan keterlihatan mereka pada enjin carian. Ini melibatkan pelbagai teknik seperti penyelidikan kata kunci, pengoptimuman pada halaman, pembinaan link, dan menambah baik struktur laman web dan pengalaman pengguna. Matlamat utama adalah untuk mendapat kedudukan lebih tinggi pada halaman hasil enjin carian (SERP) untuk kata kunci yang berkaitan dan meningkatkan trafik organik ke laman sesawang.

SEO juga melibatkan pengemaskinian dengan algoritma enjin carian dan membuat pelarasan untuk memastikan laman sesawang kekal dioptimumkan dan berdaya saing. Selain itu, SEO memfokuskan pada mencipta konten berkualiti tinggi, berharga dan relevan yang memenuhi keperluan dan minat khalayak sasaran. Ini membantu membina kekuatan dan kredibiliti, yang membawa kepada kedudukan enjin carian yang lebih tinggi. Secara keseluruhan, SEO ialah proses berterusan yang memerlukan analisis, pemantauan dan pengoptimuman berterusan untuk memacu trafik organik dan meningkatkan keberadaan dalam talian.

Cara bagaimana proses ini berlaku adalah:

1) Crawling

Proses merangkak melibatkan penggunaan bot untuk mencari dengan teliti dan menemui maklumat yang relevan dan sesuai dalam laman sesawang anda yang selaras dengan keperluan dan keinginan pengguna. Bot ini tanpa jemu menavigasi pelbagai halaman web, memeriksa setiap elemen dengan teliti, sama ada teks, imej atau pautan, untuk mengenal pasti kandungan berharga. Sebaik sahaja mereka terjumpa kandungan yang difikirkan berkaitan dan sesuai, bot yang rajin ini mengumpulkan dan menyusun data untuk analisis dan penggunaan selanjutnya.

2) Index

Apabila data telah dikumpulkan, bot akan meneruskan untuk memasukkan maklumat atau data ke dalam fail google yang ditetapkan, biasanya dikenali sebagai Indeks.

Selain itu, anda boleh membezakan bot ini dengan menggunakan kaedah khusus untuk mengarahkannya. Dengan mengatakan “hai… ini adalah maklumat penting yang terkandung dalam laman sesawang… sila masukkan data ke dalam fail pengindeksan” menggunakan PENDEKATAN INI, anda boleh berkomunikasi secara berkesan dengan program automatik ini.

3) Ranking

Setelah pengguna memasukkan pertanyaan ke dalam Google, enjin carian akan menganalisis kandungan pelbagai halaman web dan menentukan kaitannya berdasarkan kata kunci yang dimasukkan. Google kemudian menyusun hasil carian dalam susunan tertentu, menyenaraikan maklumat yang paling relevan dan berguna terlebih dahulu.

Lihat video dibawah bagaimana proses google search ini berlaku?


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *