Khidir Masih Hidup atau Sudah Mati?

nabi khidir

Dalam hal ini, terdapat dua pendapat;

A. Pendapat yang mengatakan bahawa Khidir masih hidup. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama, seperti Abu Ishaq, al-Nawawi, Ibnu Hajar, Dr Ali Jumu’ah dan sebilangan besar ulama – ulama pro sufi.

B. Pendapat yang mengatakan bahawa Khidir sudah mati. Ini adalah pendapat sebilangan ulama, seperti al-Bukhari, Ibnu al-Qayyim, Tahir Bin Asyur, al-Qaradawi dan sebagainya.

Hujah Mereka

Bagi pihak yang mengatakan sudah mati, hujah-hujah mereka adalah seperti berikut;

A. Setiap manusia pasti akan mati kecuali dibuktikan bahawa dia tidak mati melalui Nas yang bersifat pendalilan secara qatie.

Yang pasti, tidak ada satu Nas yang qatie subut dan dilalah menyatakan bahawa Khidir masih hidup.

B. Semua hujah-hujah yang menyatakan bahawa Khidir masih hidup bersifat;

(1) hadis-hadis yang sahih, semuanya tidak termaktub secara jelas bahawa individu yang hidup itu sebagai Khidir, sebaliknya hanya ditafsirkan oleh ulama sahaja bahawa ia adalah Khidir. Bermakna, ia sekadar tafsiran, bukan bersandarkan kepada sebutan jelas dari wahyu.

(2) hadis – hadis yang menyebut berkenaan nama Khidir yang digambarkan hidup, semuanya dipertikaikan statusnya dari sudut Sanad dan matan. Andai ada yang kata saheh, terdapat kritikan sehingga mengganggap hadis tersebut sebagai doif malah mungkar.

(3) Dakwaan bahawa Khidir masih hidup kerana minum ‘ain al-Hayat atau air kehidupan adalah bersumberkan riwayat yang berlaku pertikaian dalam kalangan ulama.

Kesimpulan

1. Isu Khidir masih hidup atau sudah mati, adalah perkara khilaf dalam kalangan ulama Islam. Justeru, ia terbuka kepada kritikan dan tarjih dari kalangan ulama.

2. Isu Khidir hidup atau mati, bukan perkara agama yang diketahui secara pasti. Ia tidak menjejaskan aqidah bagi mana-mana pihak yang memilih pendapat yang kata baginda sudah mati, ataupun memilih pendapat yang mengatakan baginda masih hidup.

Wallahu ‘Alam

5/5 - (1 vote)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *