Sebaik-baik Pemimpin vs Seburuk-buruk Pemimpin

pemimpin

1. Rasulullah s.a.w bersabda menurut jalur Ummu Salamah r.anha:

عن أم سلمة رضي الله تعالى عنها قالت: إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: إنه يستعمل عليكم أمراء، فتعرفون وتنكرون، فمن كره فقد برئ ومن أنكر فقد سلم، ولكن من رضي وتابع، قالوا: أفلا نقاتلهم قال: لا ما صلوا

Daripada Ummu Salamah r.anha beliau berkata, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan dilantik pemimpin-pemimpin ke atas kamu, lantas kamu kenal mereka tetapi kamu mengingkari / melawan mereka. Sesiapa yang membenci sesungguhnya dia bebas (daripada dosa) dan sesiapa yang mengingkari sesungguhnya dia selamat (daripada bencana). Tetapi sesiapa yang meredhai dan mengikuti (dia berdosa dan tidak selamat daripada bencana)”. Para Sahabah r.anhum bertanya: “Adakah kami (boleh) memerangi mereka?”. Baginda menjawab: “Tidak, selagi mereka solat”

(Dikeluarkan oleh Muslim no 1854)

2. Rasulullah s.a.w. bersabda menurut jalur ‘Awf bin Malik al-Ashja’ie r.anhu:

عن عوف بن مالك الأشجعي رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم، وتصلون عليهم ويصلون عليكم. وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم، وتلعنونهم ويلعنونكم. قال: قلنا يا رسول الله أفلا ننابذهم؟ قال: لا ما أقاموا فيكم الصلاة، ألا من ولي عليه وال فرآه يأتي شيئًا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله، ولا ينزعن يدًا من طاعة

Daripada ‘Awf bin Malik al-Ashja’ie beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bsrsabda: “Sebaik-baik pemimpin kamu ialah orang-orang yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu, kamu mendokan untuk mereka dan mereka mendoakan untuk kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.” Pasa Sahabah r.anhum bertanya: Wahai Rasulullah, bolehkah kami memerangi mereka? Baginda menjawab: “Tidak boleh, selagi mereka mendirikan solat bersama kamu. Ketahuilah, sesiapa yang dilantik ke atasnya seorang ketua lalu dia melihat ketuanya itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah (wajib) dia membenci maksiat itu, tetapi jangan sekali-kali mencabut ketaatan (dengan mengangkat senjata)”

(Dikeluarkan oleh Muslim no. 1855)

*******************************

Pengajaran hadis:

1. Sebaik-baik pemimpin ialah yang saling mengasihi rakyat dan rakyat mengasihinya.

2. Seburuk-buruk pemimpin ialah yang saling membenci rakyat (tidak kasihan belas, meremehkan nyawa rakyat, dan menghukum rakyat berbeza dengan hukuman untuk golongan mereka) dan rakyat membenci, melaknat dan memaki mereka.

3. Wajib membenci pemimpin yang melakukan maksiat dan kezaliman. Haram mengasihinya, mendoakannya apatah lagi mengatakan mereka benar. Sesiapa yang ingkar pada amaran Nabi s.a.w. dalam hal, ini diancam dosa dan bencana.

4. Wajib membenci, mengatakan salah dan mengutuk para ulama yang bersama pemimpin zalim dan duduk diam menikmati gaji anugerah pemimpin zalim. Wajib melawan pemimpin zalim dengan kata-kata tidak setuju dan menzahirkan kebencian.

5. Umat Islam hanya dilarang (haram) melawan pemimpin zalim dan berbuat maksiat dengan senjata, kerana hal itu boleh membawa kepada keadaan yang lebih buruk terhadap rakyat.

6. Pihak yang melantik pemimpin zalim mendapat dosa dan akan ditimpa bencana, sama ada di dunia atau di akhirat.

7. Haram mengampu pemimpin zalim.

Abu Mishkat

Rate this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *