Lam Sakinah Pada Lam Takrif : Iaitu lam sakinah pada pangkal kata nama; didahului oleh hamzah wasal yang dibariskan dengan fathah apabila memulakan bacaan.
Terdapat dua hukum bagi Lam Sakinah Pada Lam Takrif:
1. Lam Qamariyyah
Bunyi lam dinyatakan dengan jelas (Izhar) . Cara bacaannya adalah dengan menyebut huruf lam dengan sebutan yang jelas. Ia boleh dikenali dengan tanda sukun (mati) pada huruf lam dan diikuti dengan salah satu dari huruf-huruf Qamariyyah.
Huruf-huruf Qamariyyah ada 14, iaitu :
( ء ب ج ح خ ع غ ف ق ك م و ه ي )
Rangkai kata:
اَبِغْ حَجَّكَ وَخِفْ عَقِيْمَهُ
Contohnya:
الْحَمْدُ – الْبَقَرَةُ – الْجِنُّ – الْإنْسُ
2. Lam Syamsiyyah
Bunyi lam tidak disebut atau tidak dinyatakan (Idgham). Cara bacaannya adalah dengan memasukkan huruf lam ke dalam huruf-huruf Syamsiyyah. Ia boleh dikenali dengan tanda syaddah (sabdu) pada huruf- huruf Syamsiyyah yang terdapat selepas alif lam.
Huruf-huruf Syamsiyyah juga ada 14, iaitu:
( ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن )
Contohnya:
الرَّحْمنُ – النّاسُ – الشَّمْسُ – الطَّارِقُ
Lam sakinah pada Isim, Fi’il dan Harf :
Iaitu lam sakinah yang terdapat pada kata nama, kata kerja dan huruf.
Idgham: apabila bertemu huruf ر atau ل :
Lam Hal/Bal :
هَل لَّكُم – بَل لَّا يَخَافُونَ – بَل رَّفَعَهُ
Lam Fi’il :
وَقُل لَّهُمَا – وَقُل لَّهُمَا
Izhar: apabila tidak bertemu huruf ر atau ل :
Lam Amar :
ثُمَّ لۡيَقۡضُواْ – فَلۡيَكۡتُبۡ – وَلۡيَكۡتُ
Lam Hal/Bal :
بَلۡ مِلَّةَ – هَلۡ يُهۡلَكُ
Lam Fi’il :
يَتَوَكَّلۡ – جَعَلۡنَا
Ebook
#buku tajwid #hukum tajwid #ilmu tajwid #kelas mengaji dewasa #kelas mengaji


