Tarqiq
Tarqiq bermaksud menipiskan sebutan sesuatu huruf, iaitu menjadikan sebutan huruf tersebut ringan pada makhraj dan lemah pada sifat-sifatnya.
Huruf-Huruf istifal : (huruf tipis)
Huruf-huruf istifal hendaklah sentiasa dibaca tipis dalam semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah.
ب ت ث ج ح د ذ ز س ش ع ف ك م ن ه و ي ء
Ketika menyebut huruf-huruf ini, lidah hendaklah direndahkan dan berada dalam keadaan mendatar.
Kesalahan sering berlaku apabila huruf istifal berada bersebelahan dengan huruf isti’la’ iaitu sama ada kedua-dua huruf ditebalkan atau ditipiskan.
Contoh-Contoh perkataaan yang perlu diperhatikan sebutannya
- Huruf mim yang sentiasa ditipiskan:
مَخۡمَصَةٍ – مَرَضٗاۖ
- Huruf ba yang sentiasa ditipiskan:
وَبَرۡقٞ – بَطَلَ – فَثَبَّطَهُمۡ
- Huruf Ha yang sentiasa ditipiskan:
أَحَطتُ – حَصۡحَصَ – ٱلۡحَقُّ
- Huruf sin yang sentiasa ditipiskan:
مَسۡطُورٗا – قِرۡطَاسٖ – أَقۡسَطُ
Tafkhim
Tafkhim bermaksud menebalkan sebutan sesuatu huruf, iaitu menjadikan sebutan huruf tersebut berat pada makhraj dan kuat pada sifat-sifatnya.
Huruf-huruf isti’la’ hendaklah sentiasa dibaca tebal dalam semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah.
Huruf-Huruf isti’la’ : (huruf tebal)
ص ض ط ظ ق غ خ
Huruf-huruf isti’la’ hendaklah sentiasa dibaca tebal dengan mengangkat pangkal lidah ke lelangit.
Empat huruf ص ض ط ظ juga bersifat itbaq, menghasilkan sebutan yang lebih tebal. Huruf yang paling tebal adalah ط diikuti oleh غ ق ظ ص ض dan خ .
Terdapat lima tingkatan tafkhim:
- Huruf tafkhim berbaris fathah diikuti dengan huruf alif.
أَبۡصَٰرِهِمۡ – أَضَآءَتۡ – قَامُواْۚ
- Huruf tafkhim berbaris fathah
خَلَقَكُم – يُوصَلَ – قَدِيرٞ
- huruf tafkhim berbaris dhommah
ٱلۡمَغۡضُوبِ – ظُلُمَٰتٖ – قُلُوبِهِم
- Huruf tafkhim berbaris sukun
فَٱقۡتُلُوٓاْ – مُصۡلِحُونَ – أَظۡلَمَ
- Huruf tafkhim berbaris kasrah
ٱلۡأَرۡضِ – وَيُقِيمُونَ – صِرَٰطَ
Huruf alif yang dipanjangkan
Suara alif yang dipanjangkan hendaklah ditebalkan jika huruf sebelumnya adalah huruf tafkhim
ظَٰلِمُونَ – وَٱلۡأَنصَارِ – أَضَآءَتۡ – طسٓۚ – قَامُواْۚ – ٱلۡغَارِ – خَٰلِدِينَ
dan ditipiskan jika huruf sebelumnya adalah huruf tarqiq.
نَارُ – كَانُواْ – بِمَا
Lafaz al-Jalalah
Huruf ل pada kalimah Al-Jalalah (الله) mempunyai tanda tasydid dan baris fatha di atasnya; namun demikian, kadar bacaannya adalah 2 harakat. Ia tidak ditanda dengan huruf alif kecil untuk membezakannya dengan ejaan kalimah Al-Latta.
Jika kalimah Al-Jalalah diwaqafkan di hujung kalimah, kadar bacaannya adalah 2 atau 4 atau 6 harakat.
Kalimah ini dilafaz dengan dengan tebal atau tipis menurut baris huruf yang sebelumnya:
Jika huruf sebelumnya berbaris fatha atau dhommah, maka huruf lam hendaklah dilafaz dengan tebal (targhliz).
خَتَمَ اللّٰهُ عَلٰى قُلُوْبِهِمْ – فَزَادَهُمُ اللّٰهُ مَرَضًاۚ
Jika huruf sebelumnya berbaris kasrah, maka huruf lam hendaklah dilafaz dengan tipis (tarqiq).
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ – اٰمَنَّا بِاللّٰهِ
#buku tajwid #hukum tajwid #ilmu tajwid #kelas mengaji dewasa #kelas mengaji

