Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ, keluarganya, para sahabatnya, dan seluruh pengikut sunnahnya hingga ke hari akhir.
Amalan Ruqyah Syar’iyyah—iaitu membacakan ayat-ayat al-Qur’an dan doa-doa ma’thurat sebagai rawatan terhadap penyakit hati, sihir, ‘ain (pandangan hasad), gangguan jin, dan penyakit fizikal—merupakan warisan kenabian yang penuh keberkatan. Dalam sejarah perubatan Islam, para sahabat dan tabi‘in mengamalkan bacaan tertentu yang diajar langsung oleh Rasulullah ﷺ untuk memohon kesembuhan daripada Allah semata-mata, tanpa terjerumus ke dalam unsur syirik atau khurafat.
Seiring perkembangan zaman, para ulama dan peruqyah telah mengumpulkan serta menyusun ayat-ayat ruqyah berdasarkan kepanjangan bacaan dan tahap pengamal (awam, pemula, mahir, profesional). Hal ini bertujuan agar setiap muslim—sama ada yang baru belajar mahupun yang sudah berpengalaman—dapat memilih bacaan yang sesuai dengan kemampuan, masa, dan keperluan rawatan.
Artikel yang hadir di hadapan pembaca ini adalah satu panduan praktis yang membahagikan ayat-ayat ruqyah kepada tiga kategori utama: pendek (mujazah), sederhana panjang (mutawassitah), dan panjang (muthawwalah). Setiap kategori disertakan dengan senarai ayat serta rujukan daripada tokoh-tokoh rukyah kontemporari seperti Syeikh Wahid Abdussalam Bali, Syeikh Abul Barra Usamah bin Yasin Al-Ma‘ani, dan juga amalan umum daripada komuniti rukyah seperti Quranic Healing Sabah (QHS).
Dengan memahami klasifikasi ini, seseorang peruqyah atau pesakit dapat mengamalkan ruqyah dengan lebih tertib, berkesan, dan penuh keyakinan—kerana setiap ayat yang dibaca adalah kalam Allah yang menyembuhkan. Semoga panduan ini menjadi sumber manfaat, menambah keimanan, dan mendekatkan kita kepada pengubat sebenar segala penyakit, iaitu Allah al-Syafi.
Ayat-Ayat ruqyah terbahagi kepada tiga kategori utama:
1) Ayat-Ayat Ruqyah Pendek (Mujazah)
Ini sesuai untuk pemula dan amalan harian.
Yang diajar oleh saya dan biasa diajar oleh Quranic Healing Sabah (QHS):
1. Al-Fatihah.
2. Ayat Kursi.
3. Surah Al-Ikhlas.
4. Surah Al-Falaq.
5. Surah An-Nas.
Saya juga mengajar senarai ini yang saya belajar daripada Syeikh Abul Barra Usamah bin Yasin Al-Ma’ani semasa Daurah Ruqyah Syariah di Sabah:
8 Ayat Ruqyah:
1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah (2): 1-5
3. Al-Baqarah (2): 255 (Ayat Kursi)
4. Al-Baqarah (2): 285-286
5. Surah Al-Kafirun.
6. Al-Ikhlas.
7. Al-Falaq
8. An-Nas
Sesuai diamalkan oleh orang awam, pesakit dan peruqyah yang baru belajar.
2) Ayat-Ayat Ruqyah Sederhana Panjang (Mutawassitah)
Yang diajar oleh Sheikh Wahid Abdussalam Bali & biasa dipraktikkan oleh Ustaz Nuruddin Al-Indunissy.
Digelar Ayat-Ayat Ruqyah Standard:
1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah (2): 1-5
3. Al-Baqarah (2): 102
4. Al-Baqarah (2): 163-164
5. Al-Baqarah (2): 255-257
6. Al-Baqarah (2): 285-286
7. Ali Imran (3): 18-19
8. Al-Araf (7): 54-56
9. Al-Araf (7): 117-122
10. Yunus (10): 81-82
11. Taha (20): 69
12. Al-Mukminun (23): 115-118
13. As-Shaffat (37): 1-10
14. Al-Ahqaf (46): 29-32
15. Ar-Rahman (55): 33-36
16. Al-Hasyr (59): 21-24
17. Al-Jin (72): 1-9
18. Al-Ikhlas (112)
19. Al-Falaq (113)
20. An-Nas (114)
Sesuai untuk peruqyah taraf beginner dan advanced level.
3) Ayat-Ayat Ruqyah Panjang (Muthawwalah)
Senarai seperti yang diajar oleh Syeikh Abu Al-Barra Usamah bin Yasin Al-Maani dalam bukunya Rahasia Pemusnah Sihir:
1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah (2): 1-5
3. Al-Baqarah (2): 102-103
4. Al-Baqarah (2): 109
5. Al-Baqarah (2): 163-164
6. Al-Baqarah (2): 222
7. Al-Baqarah (2): 255
8. Al-Baqarah (2): 266
9. Al-Baqarah (2): 285-286
10. Ali Imran (3): 18-19
11. Ali Imran (3): 26-27
12. Ali Imran (3): 190-200
13. An-Nisa (4): 54
14. An-Nisa: 56
15. An-Nisa: 168-169
16. Al-A’raf (7): 54
17. Al-A’raf: 103-122
18. Al-A’raf: 179
19. Al-Anfal (8): 50-51
20. Yunus (10): 76-82
21. Ibrahim (14): 15-17
22. Ibrahim: 46-52
23. Al-Isra (17): 81-82
24. Al-Kahfi (18): 39-41
25. Maryam (19): 68-72
26. Taha (20): 57-70
27. Al-Hajj (22): 19-22
28. Al-Mukminun (23): 97-108
29. Al-Mukminun (23): 115-116
30. An-Nur (24): 35
31. Yasin (36): 1-12
32. As-Shaffat (37): 1-10
33. As-Shaffat (37): 158
34. Ad-Dukhan (44): 43-49
35. Al-Ahqaf (46): 29-32
36. Muhammad (47): 4
37. Al-Fath (48): 29
38. Ar-Rahman (55): 1-13
39. Al-Waqiah (56): 41-56
40. Al-Hasyr (59): 21-24
41. Al-Qalam (68): 51-52
42. Al-Haqqah (69): 19-37
43. Al-Jin (72): 1-11
44. Al-Buruj (85): 1-22
45. At-Thariq (86): 1-17
46. Al-Zalzalah (99): 1-8
47. Al-Kafirun (109): 1-6
48. Al-Ikhlas: 1-4
49. Al-Falaq: 1-5
50. An-Nas: 1-6
Sesuai untuk peruqyah berpengalaman dan sesi bacaan berfokus panjang. Boleh “pick & choose” mengikut situasi.
Akhi Sinar Ruqyah
Julai 2025
Rujukan:
Kitab Pedoman Ruqyah Praktis oleh Ustaz Musdar Bustamam Tambusai
Kitab Rahasia Pemusnah Sihir oleh Syeikh Abu Al-Barra Usamah bin Yasin Al-Maani (M/S 464–487)
Sila sebarkan jika dirasakan bermanfaat untuk diri dan masyarakat. Semoga Allah memberi syifa dan keberkatan kepada yang beramal dengannya.
Nota: untuk melihat dan membaca ayat Ruqyah anda perlu tekan/klik pada ayat tersebut.

