Keturunan Kaum Bani Israel

bani israel

1- Kisah bermula dengan kelahiran Nabi Ibrahim. Baginda AS mempunyai anak bernama Nabi Ishak. Bermula dari Nabi Ishak, lahir kaum Bani Israel. Nabi Ishak ada anak bernama Nabi Yaakob. Nabi Yaakob pula mempunyai 12 orang anak berdasarkan al-Quran. (Surah Yusuf: 4) 2- 12 orang anak Nabi Yaakob melahirkan 12 suku dari Bani Israel kemudiannya. Antara […]

Mad Fari’e

mad

Mad Fari’e ( مد فرعي ) – iaitu mad yang cabang atau tambahan; iaitu mad yang mempunyai sebab untuk memanjangkannya seperti bertemu dengan huruf hamzah atau sukun. Mad Fari’e Yang Disebabkan Hamzah: 1. Mad Muttasil ( مد متصل ) : Berlaku apabila huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah. Muttasil bererti bersambung. Hukum bacaannya: wajib (semua qiraat membaca dengan dipanjangkan lebih […]

Kenapa Interest (Bunga) di Bank Haram?

perbankan islam

* (penjelasan ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar jurusan syariah, syariah ekonomi atau muamalat Islam kerana ia adalah benda asas yang wajib mereka tahu) Ini lanjutan dari artikel Pinjaman rumah dan kereta haram? Sedikit penjelasan kenapa interest di bank ni dikira sebagai haram. Okeh. Dalam ekonomi Islam, wang tidak boleh menerbitkan wang. Maksudnya menggunakan duit semata-mata […]

Buku Tajwid Al-Quran Qiraat ‘Aashim

buku ilmu tajwid

Buku Tajwid Al-Quran Qiraat ‘Aashim-Riwayat Hafsh-Toriq al-Syatibi Jilid 1 & 2 adalah sebuah buku yang berkaitan dengan hukum-hukum tajwid dan perkara yang berkaitan dengannya secara ringkas seperti Ilmu Qiraat, Ilmu Dhabt, Ilmu Fawashil dan sebagainya. Ilmu Tajwid yang dibincangkan dalam buku ini khusus kepada qiraat ‘Aashim yang telah diriwayatkan oleh perawinya Hafsh melalui toriq (jalan) […]

Hukum Saktah

waqaf dan ibtida

Saktah bermaksud diam; berhenti sekadar 2 harakat tanpa memutuskan nafas, kemudian meneruskan bacaan dengan nafas yang sama. Hanya berlaku pada keadaan wasal sahaja; tidak berlaku pada keadaan waqaf. Boleh dikenali dengan tanda huruf sin kecil ( س ) yang terletak di atas huruf akhir kalimah. Wajib saktah pada 4 empat sekiranya memilih untuk wasal: Qiyamah: 27 : كَلَّآ […]

Perbankan Islam ada Riba?

islamic banking

Ya perbankan Islam yang wujud hari ini adalah alternatif kepada sistem perbankan konvensional yang wujud sekarang. Memang jika dilihat dari segi luaran, nampaknya seakan sama. Tapi bila diteliti sendiri nyata berbeza. Perbankan ciptaan yahudi? Ada yang mengatakan sistem perbankan hari ini adalah hasil ciptaan yahudi. Ataupun ciptaan orang bukan Islam. Perbankan Islam sekarang ini datangnya […]

Sedekah Bacaan al-Quran Untuk Si Mati

belajar mengaji dewasa

Wan Ji Wan Hussin Ulama sepakat menyatakan bahawa keizinan sedekah amalan infaq, tunai haji, berpuasa dan istighfar untuk si mati. Ini kerana, semua perkara ini terdapat dalam hadis. Walaubagaimana pun, ulama berselisih pendapat dalam hukum menyedekahkan bacaan al-Quran kepada si mati. Perselisihan tersebut adalah kepada dua aliran, iaitu : Pihak yang melarang itu berpegang dengan […]

Doa Mohon Perlindungan Dari Wabak Penyakit

covid 19

Beberapa doa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W agar dijauhkan daripada perkara-perkara yang memudharatkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh sebahagian sahabat Nabi S.A.W.  Antaranya: Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi S.A.W bersabda: مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، […]

Hukum Berbezanya Harga Tunai dan Bertangguh

muamalat islam

Assalamualaikum ustaz, Nak tanya kalau kita jual kain dengan harga RM 60 sepasang, jika bayar 2 kali (bertangguh) harganya adalah RM 70 sepasang, jadinya RM 10 tu jatuh riba kan.. ? Tapi kalau beli kain sepasang RM60, jika beli dua pasang harga dengan sedikit diskaun iaitu RM 100..jadi RM 20 tu jatuh hukum apa pulak? […]

Hukum Waqaf

waqaf dan ibtida

Apabila Saidina Ali r.a. ditanya tentang maksud membaca alQuran dengan tartil, beliau menjawab: هو تجويد الحروف ومعرفة الوقوف “Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat waqaf.” Berhenti dan memulakan bacaan pada tempat yang betul akan memberi makna yang tepat pada satu-satu ayat. Berhenti dan memulakan bacaan pada tempat yang salah akan merosakkan makna pada satu-satu ayat. […]