Tarqiq

Tarqiq bermaksud menipiskan sebutan sesuatu huruf, iaitu menjadikan sebutan huruf tersebut ringan pada makhraj dan lemah pada sifat-sifatnya.

Huruf-Huruf istifal : (huruf tipis)

Huruf-huruf istifal hendaklah sentiasa dibaca tipis dalam semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah.

ب ت ث ج ح د ذ ز س ش ع ف ك م ن ه و ي ء

Ketika menyebut huruf-huruf ini, lidah hendaklah direndahkan dan berada dalam keadaan mendatar.

Kesalahan sering berlaku apabila huruf istifal berada bersebelahan dengan huruf isti’la’ iaitu sama ada kedua-dua huruf ditebalkan atau ditipiskan.

Contoh-Contoh perkataaan yang perlu diperhatikan sebutannya

  1. Huruf mim yang sentiasa ditipiskan:

مَخۡمَصَةٍ       –       مَرَضٗاۖ

  1. Huruf ba yang sentiasa ditipiskan: 

وَبَرۡقٞ     –   بَطَلَ     –  فَثَبَّطَهُمۡ

  1. Huruf Ha yang sentiasa ditipiskan:

أَحَطتُ   –    حَصۡحَصَ    –    ٱلۡحَقُّ

  1. Huruf sin yang sentiasa ditipiskan:

مَسۡطُورٗا     –   قِرۡطَاسٖ   –    أَقۡسَطُ

Tafkhim

Tafkhim bermaksud menebalkan sebutan sesuatu huruf, iaitu menjadikan sebutan huruf tersebut berat pada makhraj dan kuat pada sifat-sifatnya. 

Huruf-huruf isti’la’ hendaklah sentiasa dibaca tebal dalam semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah. 

Huruf-Huruf isti’la’ : (huruf tebal)

ص ض ط ظ ق غ خ

Huruf-huruf isti’la’ hendaklah sentiasa dibaca tebal dengan mengangkat pangkal lidah ke lelangit. 

Empat huruf  ص ض ط ظ  juga bersifat itbaq, menghasilkan sebutan yang lebih tebal. Huruf yang paling tebal adalah ط diikuti oleh  غ ق ظ ص ض  dan  خ .

Terdapat lima tingkatan tafkhim:

  1. Huruf tafkhim berbaris fathah diikuti dengan huruf alif.

أَبۡصَٰرِهِمۡ    –     أَضَآءَتۡ     –      قَامُواْۚ         

  1. Huruf tafkhim berbaris fathah

خَلَقَكُم      –    يُوصَلَ       –      قَدِيرٞ

  1. huruf tafkhim berbaris dhommah

 ٱلۡمَغۡضُوبِ    –     ظُلُمَٰتٖ    –    قُلُوبِهِم

  1. Huruf tafkhim berbaris sukun

فَٱقۡتُلُوٓاْ     –    مُصۡلِحُونَ     –     أَظۡلَمَ       

  1. Huruf tafkhim berbaris kasrah

ٱلۡأَرۡضِ     –    وَيُقِيمُونَ      –     صِرَٰطَ

Huruf alif yang dipanjangkan

Suara alif yang dipanjangkan hendaklah ditebalkan jika huruf sebelumnya adalah huruf tafkhim

ظَٰلِمُونَ   –   وَٱلۡأَنصَارِ  –   أَضَآءَتۡ   –  طسٓۚ   –  قَامُواْۚ   –   ٱلۡغَارِ   –   خَٰلِدِينَ

dan ditipiskan jika huruf sebelumnya adalah huruf tarqiq.

نَارُ     –    كَانُواْ   –   بِمَا

Lafaz al-Jalalah

Huruf ل pada kalimah Al-Jalalah (الله) mempunyai tanda tasydid dan baris fatha di atasnya; namun demikian, kadar bacaannya adalah 2 harakat. Ia tidak ditanda dengan huruf alif kecil untuk membezakannya dengan ejaan kalimah Al-Latta.

Jika kalimah Al-Jalalah diwaqafkan di hujung kalimah, kadar bacaannya adalah 2 atau 4 atau 6 harakat.

Kalimah ini dilafaz dengan dengan tebal atau tipis menurut baris huruf yang sebelumnya:

Jika huruf sebelumnya berbaris fatha atau dhommah, maka huruf lam hendaklah dilafaz dengan tebal (targhliz).

خَتَمَ اللّٰهُ عَلٰى قُلُوْبِهِمْ – فَزَادَهُمُ اللّٰهُ مَرَضًاۚ

Jika huruf sebelumnya berbaris kasrah, maka huruf lam hendaklah dilafaz dengan tipis (tarqiq).

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ – اٰمَنَّا بِاللّٰهِ 

#buku tajwid #hukum tajwid #ilmu tajwid #kelas mengaji dewasa #kelas mengaji



simbol bagus

servis bekam at taibah

tone wow review

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *