Himpunan Doa

berdoa

Allah mendengar doa para hambanya

Kita selalu terlupa bahawa Allah s.w.t berada di samping kita dan telah berjanji akan memperkenankan doa kita jika kita memintanya. Di dalam al-Quran Allah berfirman:

 وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُوْنِيْٓ اَسْتَجِبْ لَكُمْ 

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghaafir 40:60)

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” (Al-Baqarah 2:186)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Rabb kita Tabaraka wata’ala setiap malam turun ke langit dunia ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman; Siapa yang berdoa kepada-Ku, niscaya Aku akan mengabulkan, siapa yang meminta sesuatu kepada-Ku, niscaya Aku akan memberinya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampuninya.” (HR: Bukhari)

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا – يَدْعُو – دَعْوَة ) yang bererti, menyeru, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda, urusan dunia, agama dan akhirat.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza: bererti ibadah atau menyembah, meminta tolong, memohon, panggilan, pujian dan ucapan.

Kepentingan dan keutamaan berdoa:

الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ

“Doa adalah intisari ibadat”

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلى اللَّهِ مِنَ الدُّعَاءِ

“Tiada sesuatu yang mulia disisi Allah daripada doa”

لا يردُّ القضاءَ إلَّا الدُّعاءُ، ولا يزيدُ في العمرِ إلَّا البرُّ

“Tidak dapat menolak ketentuan melainkan dengan doa, tidak menambah umur melainkan dengan berbuat baik”

Cara Allah mengabulkan doa hamba-Nya

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يَنْصُبُ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ يَسْأَلُهُ مَسْأَلَةً ، إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهَا ، إِمَّا عَجَّلَهَا لَهُ فِي الدُّنْيَا ، وَإِمَّا ذَخَرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مَا لَمْ يَعْجَلْ ، قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا عَجَلَتُهُ ؟ قَالَ : يَقُولُ : دَعَوْتُ وَدَعَوْتُ ، وَلاَ أُرَاهُ يُسْتَجَابُ لِي

“Tidak ada seorang mukmin yang menghadapkan wajahnya (berdoa) kepada Allah, memohon apa sahaja permohonan kecuali Allah akan kabulkan permohonannya. Sama ada Allah akan segerakan permohonannya di dunia atau disimpan untuknya di akhirat selagi mana dia tidak tergopoh-gopoh. Sahabat bertanya: Bagaimana tergopoh-gopoh (dalam berdoa) itu wahai Rasulullah?. Nabi SAW bersabda : (Tergopoh-gopoh itu adalah) dia berkata aku telah berdoa dan aku tak Nampak Allah kabulkan doa aku.”

يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي

“Akan dikabulkan doa salah seorang diantara kalian selama ia tidak terburu-buru, maksud terburu-buru, ia berkata; aku telah berdoa namun tidak dikabulkan doaku.” 

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا قَالُوا إِذًا نُكْثِرُ قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandungi dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahim, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara;

(1). Allah akan mengabulkan doanya dengan segera,
(2). Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak,
(3). Allah akan memalingkan darinya keburukan seumpamanya.

Mereka (para sahabat) berkata: “Kalau begitu, kami akan memperbanyak berdoa.” Nabi SAW bersabda: “Allah akan banyak mengabulkan doa-doa kamu.” (HR: Ahmad – Sahih).

Himpunan doa ini boleh dibaca dalam kehidupan seharian kita:

اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلاَمِ وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَبَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ مُثْنِينَ بِهَا قَابِلِيهَا وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا

Ya Allah, jinakkanlah di antara hati-hati kami, perbaikilah di antara kami dan tunjukkanlah kami jalan-jalan kesejahteraan, selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada cahaya, halangilah kami daripada melakukan dosa-dosa yang nyata dan tersembunyi, berkatikanlah pendengaran, penglihatan, hati-hati, isteri-isteri dan zuriat-zuriat kami. Terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami tergolong daripada golongan orang-orang yang bersyukur dengan nikmatMu, golongan yang memuji dengannya, menerimanya dan menyempurnakannya ke atas kami.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ بِكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا 

Ya Allah, sesungguhnya Aku memohon kepadaMu dari segala kebaikan yang segera (dunia) dan yang tertangguh (akhirat), yang Aku tahu dan tidak tahu. Aku memohon berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang segera dan yang tertangguh, yang Aku tahu dan tidak tahu. Ya Allah, sesungguhnya Aku memohon padaMu apa jua kebaikan yang diminta oleh hamba dan nabiMu. Aku berlindung denganMu dari apa jua kejahatan yang diminta berlindung oleh hamba dan nabiMu. Ya Allah, sesungguhnya Aku memohon padaMu syurga, apa yang mendekatkannya daripada perkataan atau amalan. Aku berlindung denganMu daripada neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya daripada perkataan atau amalan. Aku memohonMu agar Engkau jadikan semua qadak yang Engkau tentukan bagiku adalah yang baik.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ الأَهْوَالِ وَالآفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بِهَا جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتْطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

Ya Allah, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW sebagai selawat yang akan menyelamatkan kami daripada segala macam ketakutan dan kehuruharaan, Engkau tunaikan dengan sebab selawat itu segala macam maksud dan hajat , Engkau bersihkan kami dengan sebabnya juga daripada segala macam kejahatan, Engkau angkatkan kami dengan sebabnya di sisi-Mu setinggi-tinggi darjat dan Engkau sampaikan dengan sebabnya sejauh-jauh tujuan dari segala kebaikan, baik semasa kami hidup mahupun sesudah kami mati.

اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُولُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ إِلَى جَنَّتِكَ، وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا، اللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا، وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا، وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمْنَا، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا، وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا، وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا، وَلَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَرْحَمُنَا

Ya Allah, berikanlah kami perasaan takut kepadaMu yang boleh menghalang kami daripada membuat maksiat kepadaMu, berikanlah semangat untuk membuat ketaatan kepadaMu yang dapat menyampaikan kami kepada SyurgaMu, berikanlah keyakinan yang dapat meringankan semua bala musibah dunia yang menimpa kami, kekalkanlah nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama Engkau menghidupkan kami, jadikanlah kesemua itu sebagai warisan daripada kami, berikanlah kami kekuatan untuk membalas sesiapa yang menganiaya kami, berikanlah kami pertolongan terhadap sesiapa yang memusuhi kami, janganlah Engkau turunkan musibah ke atas agama kami, jangan Engkau jadikan dunia ini kerisauan utama kami dan kemuncak ilmu kami, dan janganlah Engkau biarkan orang jahat yang tidak ada sifat balas kesihan menguasai diri kami.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.

اللَّهُمَّ إنَّا نَسْألُكَ مُوجِباتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزائِمَ مَغْفِرَتِكَ، والسَّلامَةَ مِنْ كُلِّ إثمٍ، والغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، والفَوْزَ بالجَنَّةِ، والنَّجاةَ مِنَ النَّارِ

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon padaMu sebab yang mewajibkan rahmatMu, keazaman mendapat keampunanMu, selamat daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan Syurga dan terselamat dari neraka.

اللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنا ذَنْباً إِلاَّ غَفَرْتَهُ، وَلاَ هَمّاً إِلاَّ فَرَّجْتَهُ، وَلاَ كَرْباً إِلاَّ نَفَّسْتَهُ، وَلاَ مَيْتاً إِلاَّ رَحِمْتَهُ، وَلاَ مَرِيضاً إِلاَّ شَفَيْتَهُ، وَلاَ دَيْناً إِلاَّ قَضَيْتَهُ، وَلاَ غَائِباً إِلاَّ رَدَدْتَّهُ، وَلاَ مُجَاهِداً فِي سَبِيلِكَ إِلاَّ نَصَرْتَهُ، وَلاَ عَدُوّاً إِلاَّ أَهْلَكْتَهُ، ولاَ بـاَغِـيـاً إلاَّ قَـطَـعْـتَـهُ، وَلاَ طَاغِيَةً إِلاَّ قَصَمْتَهُ، ولاَ ضَالاًّ إِلاَّ هَدَيْتَهُ، وَلاَ مَظْلُوماً إِلاَّ أَيَّدْتَهُ، وَلاَ ظَالِماً إِلاَّ خَذَلْتَهُ، وَلاَ عَسِيراً إِلاَّ يَسَّرْتَهُ، وَلاَ وَلَداً إِلاَّ أَصْلَحْتَهُ، وَلاَ عَيْباً إِلاَّ سَتَرْتَهُ، ولاَ مُـبْـتـَلـىً إلاَّ عـَافَـيْـتـَهُ وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيا وَالآخِرَةِ هِيَ لَكَ رِضاً وَلَنا فِيها صَلاَحٌ إِلاَّ أَعَنْتَنا عَلَى قَضَائِهَا وَيَسَّرْتَهَا لَنا، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dosa kami melainkan Engkau mengampuninya, tiada dukacita melainkan Engkau mengusirnya, tiada kesulitan melainkan Engkau meringankannya, tiada yang mati melainkan Engkau cucuri rahmat keatasnya, tiada yang sakit melainkan Engkau sembuhkannya, tiada yang berhutang melainkan Engkau langsaikannya, tiada yang hilang melainkan Engkau pulangkan ke pangkuannya, tiada pejuang yang berjuang di jalanMu melainkan Engkau beri kemenangan kepadanya, tiada musuh melainkan Engkau binasakannya, tiada pemberontak melainkan Engkau hapuskannya, tiada orang yang zalim melainkan Engkau hancurkannya, tiada yang sesat melainkan Engkau beri petunjuk kepadanya, tiada yang dizalimi melainkan Engkau menolongnya, tiada penzalim melainkan Engkau hinakannya, tiada orang yang susah melainkan Engkau beri senang kepadanya, tiada anak melainkan Engkau elokkan didikannya, tiada keaiban melainkan Engkau sembunyikannya, tiada orang dilanda musibah melainkan Engkau selamatkannya, apa jua hajat dunia mahupun akhirat yang Engkau reda dan ada baiknya bagi kami melainkan Engkau bantu kami untuk laksanakannya dan permudahkannya, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang maha penyayang.

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ لِسَانًا رَطِبًا بِذِكْرِكَ، وَقَلْبًا مَفْعُمًا بِشُكْرِكَ، وَبَدَنًا هَيِّنًا لَيِّنًا بِطَاعَتِكَ، اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا كَامِلاً، وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعَا، وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا، وَنَسْأَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا، وَنَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّـةٍ، وَنَسْـأَلُكَ تَمَامَ الغِنَى عَنِ النَّاسِ وَهَبْ لَنَا حَقِيْـقَةَ الإِيْـمَانِ بِكَ، حَتَى لاَ نَخَافَ، وَلاَ نَرْجُوْ غَيْرَكَ، وَلاَ نَعْبُدَ شَيْئًا سِوَاكَ، وَاجْعَلْ يَدَكَ مَبْسُوْطَةً عَلَيْنَا، وَعَلَى أَهْلِيْنَا، وَأَوْلاَدِنَا، وَمَنْ مَعَنَا بِرَحْمَتِكَ، وَلاَ تَكِلْنَا إِلَى أَنْفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْـنٍ، وَلاَ أَقَلَّ مِنْ ذَلِكَ يَا نِعْمَ المْجُيْبُ

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami (Din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon, ya Allah, kecukupan dari segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-minta dari orang lain. Berikanlah kami, ya Allah, iman yang sebenar-benarnya sehingga kami tidak lagi gentar, mengharap dan menyembah selain daripada-Mu. Kembangkanlah naungan rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah, ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata sekalipun atau kadar masa yang lebih singkat dari itu, ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan yang Maha Memperkenankan segala permintaan.

اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّـا البَلآءَ وَالغَلاَءَ وَالوَبَاءَ وَالطَّاعُونَ وَالفَحْشَاءَ وَالمُنْـكَرَ وَالبَغْيَ وَالسُّوءَ المُخْتَـلِفَ وَالشَّدَائِدَ وَالمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ مِنْ بَلَدِنَا وَقَرْيَتِـنَا هَذِهِ خَآصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ المُسْلِمِينَ كَآفَّةً عَآمَّةً إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَبِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ. تَحَصَّـنَّا بِذِى العِزَّةِ وَالجَبَرُوتِ، وَاعْتَصَمْـنَا بِرَبِّ المَلَـكُوتِ، وَتَوَكَّـلْنَا عَلَى الحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ، اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الوَبَاءَ، وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى، وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ وَالطَّاعُونِ وَالبَلاَءِ، بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ، يَا خَبِيرُ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala bencana, inflasi, wabak penyakit, taun, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi, negeri kami ini khususnya, dan negara umat Islam amnya daripada segala bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan Engkaulah yang selayaknya memberi perkenan. Kami berlindung dengan Allah Tuhan yang Maha Gagah Perkasa dan yang Mempunyai Kekuasaan Mutlaq. Kami berpegang teguh kepada Allah Tuhan yang Memiliki Kerajaan yang Maha Agung dan kami berserah diri kepada Allah yang Hidup dan tidak akan mati. Ya Allah! Jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala’ yang datang, dengan kelembutan-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Berlemah Lembut, wahai Tuhan yang Maha Halus Pengetahuan-Nya, Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.


اللَّـهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ و رَبَّ الأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالفُرْقَانِ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ، اللَّـهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، و أَنْتَ َالآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَ أَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، إِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ، وَأغْنِنَا مِنَ الفَقْرِ

Ya Allah , Tuhan langit yang tujuh, tuhan bumi, tuhan arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu , pembelah biji dan benih , tuhan yang menurunkan taurat , injil dan al-Furqan ( al-Quran ), aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang Engkau pegang ubun-ubunnya, ya Allah engkaulah yang pertama tiada sesuatu sebelumMu, Engkaulah yang paling akhir, tiada sesuatupun sesudahMu. Engkaulah yang Zahir, tiada sesuatu yang lebih hebat dariMu, dan Engkaulah yang batin, tiada sesuatupun yang tersembunyi dariMu, tunaikanlah hutang kami dan cukupkanlah keperluan kami . 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, ketentuan buruk dan celaan musuh (terhadap masalahku) .

اللَّـهُمَّ إِنِّي أعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَ أعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

‘Ya Allah, Aku memohon perlindungan dengan keredhaanMu daripada ditimpa kemurkaanMu, dan aku memohon dengan keafiatanMu dari ditimpa hukumanMu,dan aku memohon perlindunganMu. Aku tidak mampu untuk membuat pujian ke atasMu sebagaimana Engkau memuji DiriMu sendiri.

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.

اللهم إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَةِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِوَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Mu akan keselamatan Agama, dan kesihatan tubuh badan, dan bertambahnya ilmu pengetahuan, dan keberkatan rezeki dan bertaubat sebelum mati, dan mendapat rahmat sewaktu mati dan mendapat pengampunan sesudah mati. Ya Allah, permudahkanlah bagi kami waktu (sakaratulmaut) kami menghadapi mati, dan selamatkan kami dari seksa neraka, dan berikanlah kami pengampunan sewaktu hisab.

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي

Ya Allah! Sesungguhnya Aku adalah hambaMu anak kepada hambaMu anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di bawah kuasaMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan keadilan kehakimanMu terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau telah namakan diriMu dengannya atau Engkau telah turunkan dalam kitabMu atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi dalam ilmu ghaib di sisiMu. Jadikanlah al-Quran sebagai penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu melakukan perbuatan baik, meninggalkan kemungkaran, cintakan orang miskin, semoga Engkau mengampuni aku dan merahmati aku, apabila Engkau hendak mendatangkan fitnah terhadap suatu kaum maka Engkau matikanlah aku tanpa terkena fitnah, aku memohon cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu dan cinta amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ دِيْنَنَا دِيْنَ النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَالسَّلاَمَ، وَإِسْلاَمَنَا إِسْلاَمَ المُسْلِمِينَ، وَإِيْمَانَنَا إِيْمَانَ المُؤْمِنِينَ، وَصَلاَتَنَا صَلاَةَ الخَاشِعِينَ، وَأَعْمَالَنَا أَعْمَالَ الصَّالِحينَ، وَنِيَّتَنَا َنِيَّةَ المُخْلِصِينَ، وَذُنُوبَنَا يَا ألله ذُنُوبَ المُسْتَغْفِرِينَ، وَحَيَاتَنَا حَيَاةَ العُلَمَاءِ، وَمَوْتَنَا بِمَوْتِ الشُّهَدَاءِ، وَاحْشُرْنَا فِى زُمْرَةٍ الأَوْلِيَاءِ، وَأَدْخِلْنَا الجَنَّةَ مَعَ الأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

Ya Allah, jadikanlah agama kami ini benar sebagaimana yang dibawa Nabi S.A.W, dan Islam kami ini sebagaimana Islamnya Muslimin yang sebenar, dan iman kami ini sebagaimana berimannya orang Mukminin, dan solat kami seperti solat orang-orang yang khusyu’, dan amalan kami seperti amalan orang-orang soleh, dan niat kami seperti niat orang-orang yang ikhlas, dan Ya Allah, jika kami berbuat dosa, ampunkanlah dosa kami sebagaimana orang yang bertaubat kepadaMu, dan hidupkanlah kami sebagaimana Ulama’, dan matikanlah kami sebagai seorang Syuhada’, dan bangkitkanlah kami di kalangan para wali dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para Nabi-nabi Mu.

اَللَّهُمَّ اشْرَحْ بِالقُرْءَانِ العَظِيمِ صُدُوْرَنَا، وَيَسِّرْ بِهِ أُمُوْرَنَا، وَعَظِّمْ بِهِ أُجُوْرَنَا، وَحَسِّنْ بِهِ أَخْلاَقَنَا، وَوَسِّعْ بِهِ أَرْزَاقَنَا يَا رَبَّ العَالَمِينَ

Ya Allah, lapangkan dada kami dengan al-Quran, mudahkan urusan kami dengan al-Quran, beratkan pahala kami dengan al-Quran, elokan akhlak kami dengan al-Quran, luaskan rezeki kami dengan al-Quran, wahai Tuhan sekalian alam.

اَللَّهُمَّ يَا مُـحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ، حَوِّلْ حَالَـــنَـا إِلَى أَحْسَنِ اْلأَحْوَالِ، بِـحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالٍ

Ya Allah, Tuhan yang mengubah keadaan, ubahlah keadaan kami kepada keadaan yang lebih baik, dengan daya dan kekuatan-Mu wahai Tuhan yang maha mulia lagi maha luhur.

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ

Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah dihati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قُلُوبَنَا مِنَ الْنِفَاقِ وَأعْمَاَلنَا مِنَ الرِّيَاءِ وَألْسِنَتَنَا مِنَ الْكَذِبِ وَأعْيُنَنَا مِنَ الْخِيَانَةِ إنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُوْرُ

Ya Allah ! sucikanlah hati kami daripada sifat munafik, amalan kami daripada menunjuk-nunjuk, lidah kami daripada berkata dusta dan mata kami daripada khianat . sesungguhnya Engkau mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada .

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْــنَنَا الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا، وأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتـِي فِيهَا مَعَاشُنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِي إِلَيْهَا مَعَادُنَا، وَاجْعَلِ الْـحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Ya Allah, perbaikilah agama kami yang merupakan penjaga urusan kami, perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat hidup kami, dan perbaikilah akhirat kami kerana dialah tempat kembali kami. Jadikan kehidupan ini sebagai penambah segala kebaikan kami, dan jadikan kematian ini sebagai kerehatan dari segala kejahatan.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari hilangnya nikmat yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksaMu yang datang secara tiba-tiba dan dari segala kemurkaanMu.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ وَالـمُعَافَاةَ الدَّآئِمَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْـيَا وَالآخِرَةِ 

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu keampunan, kesihatan dan kesejahteraan yang kekal dalam menjalankan agama di dunia dan di akhirat.

5/5 - (1 vote)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *