Kursus Pelaburan Emas
Kursus pendek bersijil melalui video hampir 5 jam ini memberikan panduan dan pendedahan pelaburan dan perdagangan emas, hukum fiqh jual beli emas, konsep, simpan nilai melalui emas, cagaran pajak gadai emas yang terbaik, mengenali emas tiruan dan tulen dan pelbagai lagi.
Pembimbing kursus ini barisan pembentang berikut:
a. Dr Zaharuddin Abd Rahman.
Pengasas Elzar Group
Shariah Scholar Bursa MarketPlace
b. Cik Nor Laili Omar
Pengurus Yapeim Gold
TOPIK KURSUS
Ramai yang sudah dan telah ditipu kerana emas, ada emas tiruan, emas kualiti rendah, emas terlalu mahal dan macam-macam lagi. Maka sewaktu ekonomi sedang gawat, adakah emas dapat membantu kewangan dan menyimpan nilai harta kita?
Daftar kursus ini bagi mendapatkan jawapannya, antara yang akan dipelajari selama 4 jam adalah :
1. Mengapa Emas & Apa Kelebihannya?
2. Emas, Dinar & Islam
3. Pelbagai Teknik Labur & Simpan Emas
4. Tujuh (7) Perkara berkaitan emas yang mesti diketahui sebelum membelinya.
5. Bentuk simpanan emas terbaik
6. Melabur & Simpan Emas atau Saham, Mana lebih baik?
7. Bagaimana tahu ketulenan Emas?
8. Cagaran Emas dan Rahnu Emas
9. Bila patut beli emas dan dimana?
10. Adakah sekarang waktu yang baik membeli emas?
11. Kira-kira yang mesti mahiri bila beli dan jual emas.
12. Jongkong, Wafer, Dinar, Emas hiasan, emas di nombor akaun atau emas digital?
Di hujung kursus ini terdapat kuiz ringkas lima soalan. Bagi yang ingin mendapatkan sijil selain daripada ilmu, hendaklah memastikan menjawabnya dengan betul atau markah melepasi 50%. Mereka yang berjaya akan secara automatik boleh muat turun sijil kelayakan mereka.