Apakah Toxic Backlinks?
Toxic Backlink, juga dikenali sebagai pautan yang bukan normal dan semulajadi, ialah pautan ke laman web yang boleh memberi kesan negatif kepada kedudukan enjin carian dan reputasi dalam talian keseluruhannya. Backlink ini biasanya datang daripada laman web berkualiti rendah, berspam atau berniat jahat (malicious) dan boleh jadi hasil daripada teknik SEO topi hitam (black hat), seperti pertanian link, skim pautan berbayar atau alat pembinaan link automatik.
Enjin carian seperti Google menganggap backlink sebagai ukuran kewibawaan, perkaitan dan kredibiliti tapak web. Walau bagaimanapun, apabila laman web mempunyai banyak backlink toksik, enjin carian mungkin menganggap ini sebagai percubaan untuk memanipulasi kedudukan, yang membawa kepada penalti atau kedudukan yang lebih rendah dalam halaman hasil enjin carian (SERP).
Tanda-tanda laman web terkena spam link dan juga dikenakan penalti oleh Pakcik Google:
- Trafik mula menurun dan pelawat saban hari makin berkurangan.
- Organik trafik dari Google juga menurun.
- Kedudukan laman web anda dengan kata kunci tertentu di halaman enjin carian mulai jatuh ke muka surat belakang 3-4 dan seterusnya.
- Link spam ini perlu diaudit dan ditapis kemudian didisavow dengan Google Search Console.
- Kesan positif boleh dilihat dalam masa 6 bulan.
Apa yang perlu?
- Url website anda.
- Website anda perlu berdaftar di Google Search Console.
- Kalau keberatan untuk beri akses ke akaun Google, saya akan beri video panduan untuk lakukan disavow file.
Reviews
There are no reviews yet.