Hukum Saktah

waqaf dan ibtida

Saktah bermaksud diam; berhenti sekadar 2 harakat tanpa memutuskan nafas, kemudian meneruskan bacaan dengan nafas yang sama.

Hanya berlaku pada keadaan wasal sahaja; tidak berlaku pada keadaan waqaf. Boleh dikenali dengan tanda huruf sin kecil ( س ) yang terletak di atas huruf akhir kalimah.

Wajib saktah pada 4 empat sekiranya memilih untuk wasal:

Qiyamah: 27 :

كَلَّآ اِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَۙ وَقِيْلَ مَنْ ۜرَاقٍۙ

Muthofifin: 14 :

كَلَّا بَلْ ۜرَانَ عَلٰى قُلُوْبِهِمْ مَّا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ

 Kahf: 1 :

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ عَلٰى عَبْدِهِ الْكِتٰبَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَّهٗ عِوَجًا

Yaasin: 52 :

قَالُوْا يٰوَيْلَنَا مَنْۢ بَعَثَنَا مِنْ مَّرْقَدِنَا ۜهٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُوْنَ


Untuk ayat Qiyamah: 27 dan Muthofifin: 14; lebih afdal diwasalkan berserta saktah. Manakala pada ayat Kahf:1 dan Yaasin: 52 pun, adalah lebih afdal diwaqafkan.

Harus saktah pada 2 tempat sekiranya memilih untuk wasal:

Anfal: 75 – AtTaubah: 1

اِنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ *  بَرَاۤءَةٌ مِّنَ اللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖٓ

sila rujuk Bab Isti’azah & Basmalah

Haqqah: 28-29

مَآ اَغْنٰى عَنِّيْ مَالِيَهْۚ هَلَكَ عَنِّيْ سُلْطٰنِيَهْۚ

harus wasal dengah saktah atau idgham

5/5 - (1 vote)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *