Hukum Memancing di Kolam Pancing

muamalat islam

Dalam hal ini terdapat beberapa gambaran:

Gambaran 1:

Pelanggan membayar RM3 untuk memancing di sebuah kolam selama sejam. Ikan yang diperolehi perlu dilepaskan semula ke dalam kolam.

Hukum: Harus dan dikira sebagai Ijarah (sewa).

Gambaran 2:

Pelanggan membayar RM15 untuk memancing di sebuah kolam selama sejam. Ikan yang diperolehi menjadi milik pelanggan.

Hukum: Tafsil (huraian):

a. Jika tawaran yang menjadi ma’qud alaih ialah ikan itu sendiri, maka hukumnya haram kerana mempunyai unsur judi.

b. Jika tawarannya ialah keharusan untuk memancing semata-mata, maka hukumnya harus.

Berkata ‘Allamah Ibnu Qasim ;

فلو قال لشخص : خذ الشاة فقد أبحتك درها ونسلها, فالإباحة صحيحة والشاة عارية

Ertinya: “Jika dia berkata kepada seseorang “Ambillah kambing ini, sesungguhnya aku telah menghalalkan kepadamu susunya dan anaknya, maka penghalalan itu sah dan kambing itu menjadi pinjaman.” (Hasyiah Baijuri ala Fath al-Qarib)

Gambaran 3:

Pelanggan membayar RM25 untuk memancing di sebuah kolam selama sejam dengan syarat pelanggan wajib menjual semula ikan tersebut kepada pemilik kolam.

Hukum: Harus sebagaimana dalam soalan no 1.

Gambaran 4:

Pelanggan membayar RM3 untuk memancing di sebuah kolam selama sejam dengan syarat pelanggan wajib membeli ikan yang dipancing olehnya.

Hukum: haram kerana mempunyai unsur gharar di mana pelanggan tidak mengetahui berapa ikan yang akan diperolehi dan berapa harganya, menyebabkan pelanggan mungkin tidak dapat memancing selama sejam seperti yang dipersetujui di awal kontrak.

5/5 - (1 vote)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *