Buku Tajwid Al-Quran Qiraat ‘Aashim

buku ilmu tajwid

Buku Tajwid Al-Quran Qiraat ‘Aashim-Riwayat Hafsh-Toriq al-Syatibi Jilid 1 & 2 adalah sebuah buku yang berkaitan dengan hukum-hukum tajwid dan perkara yang berkaitan dengannya secara ringkas seperti Ilmu Qiraat, Ilmu Dhabt, Ilmu Fawashil dan sebagainya.

Ilmu Tajwid yang dibincangkan dalam buku ini khusus kepada qiraat ‘Aashim yang telah diriwayatkan oleh perawinya Hafsh melalui toriq (jalan) al-Syatibi yang menjadi ikutan masyarakat. Di samping itu juga, dinyatakan beberapa qiraat, riwayat, dan toriq yang lain secara umum bagi mengelak kekeliruan para pembaca.

Penggunaan bahasanya yang mudah untuk difahami. Tambahan pula, buku ini disertakan dalil bagi setiap hukum yang dibincangkan atau dihuraikan. Inilah antara keistimewaan buku ini berbanding dengan buku-buku tajwid yang lain.

Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai buku panduan serta rujukan di pusat-pusat pengajian, sekolah, masjid dan sebagainya Sewajarnya buku ini dimiliki oleh setiap individu muslim yang inginkan panduan serta pedoman dalam membaca al-quran.

Riwayat Hafsh – Toriq Al Syatibiyah
Riwayat Hafsh – Toriq al Toiyibah
(Qashr al Munfashil / Tawassut al Munfashil)
Riwayat Syu’bah – Toriq al Syatibiyah/ Toriq al Toiyibah

Penyusun : Ust Abu Mardhiah
Penyemak : Syeikh Abdul Muhaimin Saiyyid Ali Abdul Majid Al Misriyy

Harga : Rm179 satu set tidak termasuk pos.

Jilid 1 : 410 ms
Jilid 2 : 443 ms

Cetakan Terkini 2023

Susunan Abu Mardhiyah
Disemak oleh Timbalan Pengetua Maahad Tahfiz Ismail

Edisi terkini 5 dalam 1
Ada jilid 1 & 2 Lebih padat & lebih maklumat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *