Mengenali al-Hira

al-Hira adalah satu kaedah masa kini panduan belajar al-Quran yang hanya dalam masa 24 jam boleh membaca al-Quran. Kaedah ini telah terbukti keberkesanannya setelah di uji cuba selama 22 bulan. Ianya sangat mudah, praktis dan sistematik.

Ia datang dengan kesyumulannya bertanyakan kepada anda:

  • Masih adakah di antara keluarga anda yang belum boleh membaca al-Quran?
  • Masih adakah di antara manusia yang menyebut susah untuk membaca al-Quran?
  • Masih adakah cinta di hati kita untuk al-Quran?

Seandainya jawapan itu adalah “Ya”, sisihkanlah masa untuk al-Quran, berlayarlah dengan al-Hira. Nescaya sebelum terbit fajar pada keesokan hari anda telah memilikinya.

“Anda boleh membacanya, pusaka abadi itu mukjizat nabi panduan hidup sehingga mati, ubat dan rahmat sewaktu hidup, sahabat yang kuat dalam kubur (al-Quran)“

Firman Allah Ta’ala:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْاٰنِ مَا هُوَ شِفَاۤءٌ وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَۙ وَلَا يَزِيْدُ الظّٰلِمِيْنَ اِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian. (al-Isra’ 82)

Sabda Nabi SAW :

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana ia pasti datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pada pembacanya. Bacalah zahraawain, surah al-Baqarah dan Ali Imran, kerana kedua-duanya pasti datang pada hari Kiamat seolah-olah dua kelompok awan atau naungan atau dua kelompok burung yang melebarkan sayap-sayap mereka bagi melindungi pembaca-pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah, kerana mengambilnya pasti mendapat keberkatan dan meninggalkannya hanya membawa kerugian, dan tukang-tukang sihir tidak akan dapat mengalahkannya.” (Riwayat Muslim)

Mungkin Anda Salah Seorang dari Golongan di Bawah Ini:

  • Anda seorang ibu suri rumahtangga atau bapa pemimpin keluarga yang dikurniakan anak oleh Allah.
  • Anda seorang remaja atau lepasan universiti ternama.
  • Anda seorang profesional atau usahawan berjaya.

Dan Jika;

  • Anda seorang khalifah/pemimpin yang dipertanggungjawabkan menjaga al-Quran (menjadi khadam/penjaga al-Quran)
  • Anda seorang pemilik tadika, sekolah swasta dan pusat-pusat pengajian/pembelajaran al-Quran.
  • Atau anda seorang guru yang sedang mencari kaedah mudah belajar/mengajar al-Quran.

Dengan memilih al-Hira, anda boleh memulakan perjalanan pembelajaran dan pengajaran al-Quran yang memuaskan, meletakkan asas yang kukuh untuk diri anda atau pelajar anda dalam memahami dan membaca al-Quran dengan tepat dan betul. Dengan keupayaan untuk mempelajari Tajwid, membaca al-Quran dalam tempoh yang singkat, dan memenuhi tuntutan dunia moden, al-Hira menawarkan laluan yang cekap dan mudah ke arah pendidikan al-Quran.

Ada 10 Sebab Kenapa Anda Wajib Memilih al-Hira:

1. Unik.
2. Susunannya teratur dan sistematik.
3. Ringkas dan padat.
4. Mudah difahami.
5. Dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran.
6. Dua dalam Satu. (Asas & tajwid)
7. Tajwid yang lengkap dan ringkas.
8. Boleh membaca Al-Quran dengan tajwid.
9. Tepat & sesuai dengan keperluan masakini.
10. Cepat dan jimat.

Panduan Masakini Belajar Membaca al-Quran

Buku Ini Mengandungi 22 Pelajaran dan Ia Terbahagi Kepada Bahagian Asas & Bahagian Tajwid

Sukatan pelajaran bahagian asas buku al-Hira adalah sebagaimana berikut:

Pelajaran 1 : Cara Membaca Huruf yang Berbaris Atas.
Pelajaran 2 : Cara Membaca Huruf yang Berbaris Bawah.
Pelajaran 3 : Cara Membaca Huruf yang Berbaris Hadapan.
Pelajaran 4 : Mengenal Huruf Bersambung.
Pelajaran 5 : Mengenal Bacaan Tanda Panjang.
Pelajaran 6 : Cara Membaca Huruf Berbaris Dua (Tanwin).
Pelajaran 7 : Cara Membaca Huruf Mati (Sukun).
Pelajaran 8 : Cara Membaca Huruf yang Bertashdid.
Pelajaran 9 : Cara Membaca (Alif Lam) at-Ta’rif.
Pelajaran 10 : Cara Membaca Lafaz al-Jalalah (ALLAH).
Pelajaran 11 : Cara Membaca Hamzah Wasal.
Pelajaran 12 : Cara Berwakaf (memberhentikan bacaan).
Pelajaran 13 : Cara Membaca Huruf-huruf Muqatta’ah.

Berdasarkan pengalaman, apabila seseorang peserta telah melepasi pelajaran ke 13, mereka sudah mempunyai kemahiran yang cukup untuk membaca Al-Quran. Namun begitu, peserta harus meneruskan pengajian ke satu masa yang akan ditentukan berdasarkan kemampuan dan kebolehan pelajar agar benar-benar mahir membaca Al-Quran.

Sukatan pelajaran bahagian tajwid buku al-Hira adalah sebagaimana berikut:

Pelajaran 14: Hukum Nun Mati dan Tanwin.
Pelajaran 15: Hukum Mim Mati.
Pelajaran 16: Hukum Qalqalah.
Pelajaran 17: Hukum Ra.
Pelajaran 18: Hukum Mad.
Pelajaran 19: Hukum Idgham.
Pelajaran 20: Tanda-tanda Waqaf.
Pelajaran 21: Cara Membaca Tanwin Bertemu Dengan Huruf Yang Mati atau Bertashdid.
Pelajaran 22: Sujud Tilawah/ Sajdah.

set kaedah alhira

Pengasas Kaedah al-Hira

Kaedah ini diasaskan oleh Dr. Hj Muhammad Roihan Al-Mandily yang berasal dari Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia. Kaedah ini terbukti keberkesanannya setelah diuji cuba selama 22 bulan. Ianya sangat mudah, praktis, dan sistematik.

Mengikut pelajaran al-Quran secara tradisional, buku yang digunakan untuk mengajar al-Quran adalah Muqaddam al-Baghdadiah yang menggunakan sistem mengeja. Setelah bertahun lamanya sistem ini digunakan, didapati kurang praktikal pada masa sekarang. Justeru timbul kaedah baru yang menggunakan kaedah bacaan langsung tanpa dieja.

Walaubagaimanapun, pengasas kaedah ini memikirkan satu lagi cara yang boleh mempercepatkan lagi penguasaan bacaan al-Quran dengan hanya menggunakan satu buku yang nipis sahaja, hasilnya wujudlah Kaedah al-Hira.

Keistimewaan kaedah ini berbanding sistem lain adalah susunan pelajarannya yang sistematik dan teratur, memudahkan penuntut memahami dan menguasai cara membaca ayat suci al-Quran.

daftar icon